
Ini Nilai Pasaran Semasa Pemain Bola Sepak Malaysia, Arif Aiman
Bintang bola sepak negara, Arif Aiman Mohd Hanapi, terus mencuri perhatian sebagai salah satu pemain muda paling berbakat di Malaysia.
Prestasi cemerlangnya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) telah menjadikan namanya semakin dikenali di peringkat antarabangsa.
Pada usia 22 tahun, Arif Aiman bukan sahaja membuktikan kemampuan luar biasanya di atas padang, malah nilai pasarannya sebagai pemain profesional kini melonjak dengan ketara.
Menurut kemas kini terkini di laman Transfermarkt, nilai pasaran (market value) semasa Arif Aiman kini telah mencecah 600,000 euro (kira-kira RM2.82 juta).
Angka tersebut menunjukkan peningkatan daripada 550,000 euro (RM2.59 juta) yang direkodkan pada Disember tahun lalu.
Ini menjadikannya pemain bola sepak kedua termahal di Malaysia, selepas pemain pertahanan kebangsaan, Dion Cools, yang memiliki nilai pasaran 800,000 euro (kira-kira RM3.77 juta).
https://www.instagram.com/p/DCDzDpmTko8/?igsh=MWd1NGd3emVxaXVyYQ%3D%3D
Di pentas ACLE baru-baru ini, Arif Aiman terus mempamerkan aksi memukau, terutama di posisi sayap yang menjadi kelebihan utamanya.
Mencetak empat gol dalam empat perlawanan, Arif Aiman kini berada di tangga kedua senarai penjaring terbanyak kejohanan tersebut, berkongsi kedudukan bersama empat pemain ternama lainnya.
Lebih membanggakan, Arif Aiman mengatasi kapten Al Nassr, Cristiano Ronaldo, yang hanya menjaringkan dua gol setakat ini.
Sumber: Transfermarkt
The post Ini Nilai Pasaran Semasa Pemain Bola Sepak Malaysia, Arif Aiman appeared first on Siakap Keli.


