Ini Panduan Mudah Cara Bayar PTPTN Guna Akaun 2 KWSP

24 Jan 2024 • 5:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Psstt, min ada info penting ni nak bagitahu

Ini Panduan Mudah Cara Bayar PTPTN Guna Akaun 2 KWSP. Jika anda mempunyai pinjaman PTPTN yang belum diselesaikan, kami ada berita baik untuk anda.​ Tahu tak? Kini anda boleh menggunakan Akaun 2 KWSP untuk melunaskan hutang PTPTN anda.​

Bukan itu sahaja, anda juga layak mendapat diskaun bayaran balik jika anda menggunakan kaedah ini! ​

image is not available
Ini Panduan Mudah Cara Bayar PTPTN Guna Akaun 2 KWSP

Kami ada panduan mudah untuk anda ikuti

Langkah pertama:

  1. Ketahui baki pinjaman PTPTN anda. Anda boleh semak di laman web myPTPTN: https://taplink.cc/myptptn​
  2. Log masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda​
  3. Pilih “Semakan Penyata”​
  4. Lihat penyata tahunan yang terkini
  5. Kemudian, anda perlu membuat keputusan berapa banyak yang anda mahu bayar untuk menyelesaikan hutang anda. ​Anda boleh mendapat diskaun 10% jika anda membayar keseluruhan pinjaman atau 50% daripada baki hutang dalam satu transaksi.

image is not available
Ini Panduan Mudah Cara Bayar PTPTN Guna Akaun 2 KWSP

Anda juga boleh menggunakan Akaun 2 KWSP anda sendiri, ibu bapa anda (ahli akaun) atau pasangan anda untuk membuat bayaran. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat bayaran melalui Akaun 2 KWSP:

Langkah 1- Log Masuk Ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Langkah 2 – Buat Permohonan Pengeluaran​

  • Pilih “PENGELUARAN” pada menu utama ​
  • Klik “Permohonan Baharu”​
  • Pilih jenis pengeluaran “Pendidikan” dan isi maklumat pengajian anda​
  • Klik “Seterusnya”

image is not available

image is not available

Langkah 3- Isi Maklumat Ahli dan Jumlah Kelayakan​

  • Isi maklumat peribadi, maklumat perhubungan, maklumat pengeluaran dan butiran pembayaran balik. ​
  • Klik “Seterusnya”

Langkah 4 – Semak Ringkasan Permohonan Pengeluaran​

  • Periksa maklumat permohonan dan klik “Permohonan TAC” ​
  • Masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS dan klik “Hantar” ​
  • Jika maklumat anda adalah betul, klik “Setuju” untuk mengesahkan diri

image is not available

Langkah 5- Dapatkan Pengesahan Permohonan Pengeluaran ​

  • Permohonan anda telah berjaya dihantar. Anda akan menerima status permohonan melalui SMS atau mesej sekuriti inbox di i-Akaun KWSP

Langkah 6- Pergi ke Pejabat Cawangan KWSP ​

  • Lakukan proses pengesanan Cap Ibu Jari (CIJ) berserta dokumen yang ditetapkan oleh pihak KWSP ​
  • Selepas PTPTN memproses maklumat ini, transaksi akan dilakukan dalam tempoh 7-14 hari bekerja.

image is not available

Anda masih boleh memohon pengeluaran Akaun 2 KWSP anda untuk kali-kali berikutnya. Tiada had bilangan permohonan selagi anda mempunyai baki dalam Akaun 2 KWSP anda. Anda perlu memohon semula setiap kali anda ingin mengeluarkan wang dari Akaun 2 KWSP anda.

Ikut sahaja langkah-langkah yang sama seperti permohonan sebelumnya ya.

Tahu tak, Abang Jo bagi insentif sebanyak 30 peratus untuk bayaran balik PTPTN buat anak Sarawak. Boleh semak di bawah:

https://www.iloveborneo.my/anak-sarawak-peroleh-insentif-sebanyak-30-peratus-untuk-bayaran-balik-ptptn-semak-sini/

https://www.iloveborneo.my/ini-adalah-cara-untuk-bayar-pinjaman-ptptn-melalui-aplikasi-shopee/

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved