Ini Panduan Pembayaran Bil Hanya Dengan Guna SPay

7 May 2024 • 1:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau banyak guna apps pun boleh jadi pening kepala, ye dok? Guna je cara ni.

Ini Panduan Pembayaran Bil Hanya Dengan Guna SPay. Kalau dulu-dulu memang leceh sikit nak pergi bayar bil ni. Sekarang ni, segala pembayaran bil air, bil elektrik dan lain-lain semuanya boleh dilakukan secara online. Hujung jari je weii!

Kitak orang Sarawak, dah sik perlu terkial-kial becarik apps lain dah. Cukup guna SPay, korang dah boleh settlekan semua bil dalam satu masa. Berikut adalah panduan ringkas untuk membayar bil menggunakan SPay:

image is not available

1. Muat turun aplikasi SPay:

    • Muat turun aplikasi SPay dari Google Play Store atau Apple App Store.
    • Daftar akaun SPay anda dengan maklumat peribadi yang diperlukan.

    2. Tambah akaun bil

    • Setelah log masuk, pilih “Bayar Bil” (Pay Bill) pada skrin utama.
    • Kemudian, tekan “Tambah Bil Baharu” (Add New Bill) dan cari penyedia perkhidmatan bil anda seperti JBALB Water Bill, Syarikat SESCO Berhad Utilities, Sarawak Gas, dan lain-lain.
    • Masukkan nombor akaun bil anda dan ikuti arahan pada skrin.

    3. Semak bil

    • Apabila bil baharu diterima, anda akan menerima pemberitahuan di SPay.
    • Anda boleh melihat jumlah bil yang perlu dibayar dengan membuka aplikasi SPay.

    4. Bayar bil

    • Pilih bil yang ingin dibayar dan klik “Bayar Bil”.
    • Pilih kaedah pembayaran sama ada menggunakan FPX banking atau SPay sendiri.
    • Sahkan butiran pembayaran dan selesaikan pembayaran.

    5. Jejak Sejarah Transaksi

    • Sebaik sahaja pembayaran berjaya, anda boleh melihat sejarah pembayaran bil anda di bahagian “Sejarah Transaksi”.

    image is not available