“Ini Peluang Untuk..” – Jeon Somin Kembali Dengan Drama Pertama Selepas Keluar ‘Running Man’

EntertainmentMovie
3 Dec 2024 • 12:53 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pasti ramai yang menantikan projek baru dari Jeon So-min selepas dia keluar “Running Man” kan?

Untuk pengetahuan, Jeon So-min akan kembali menemui peminat menerusi drama “Sorry Not Sorry”, mengisahkan tentang seorang wanita yang telah bercerai dan dibebani dengan hutang. Bagi menampung kehidupan, dia membuat keputusan untuk mengambil beberapa kerja sambilan.

Ketika sidang media yang berlangsung, wanita itu menyapa peminat setelah sekian lama,

Ini adalah projek pertama saya selepas meninggalkan ‘Running Man’. Sebelum ini, saya ada menyertai projek lain tetapi ‘Sorry Not Sorry’ adalah drama pertama yang dikeluarkan, memberi saya peluang untuk menunjukkannya kepada orang ramai.

image is not available

Sementara itu, “Sorry Not Sorry” turut dibintangi Gong Min-jung, Jang Hee-ryung, Choi Daniel dan Kim Mu-jung dan akan mula disiarkan pada 5 Disember nanti.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.