
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam dunia serba moden ini, tidak dapat dinafikan bahawa wanita sentiasa terdedah kepada anasir-anasir luar yang dapat memberi gangguan pada tahap kesihatan mereka.
Oleh yang demikian, kaum hawa dinasihati agar menjalani pemeriksaan yang berkaitan secara berkala, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai faktor risiko.
Pemeriksaan yang dilakukan dengan awal dan secara berkala boleh mengenal pasti suatu masalah kesihatan yang dialami sebelum menjadi lebih teruk.
Baca Artikel Berkaitan: Masalah Obesiti Dialami Para Wanita Boleh Jadi Punca Hormon Terganggu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Jelaskan Kenapa Tak Boleh Guna Perfume Kalau Nak Hormon Sihat & Tidak Haywire
5 Jenis Pemeriksaan Kesihatan Yang Para Wanita Harus Jalani
Menerusi hantaran di Facebook, Public Health Malaysia (PHM) memberi saranan kepada kaum hawa agar tidak menunggu berasa sakit sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan wanita.
Hal ini adalah kerana masalah kesihatan wanita bukan sahaja berlaku secara luaran, tetapi juga tersembunyi di dalam tubuh badan.
Sehubungan itu, PHM menyenaraikan lima pemeriksaan kesihatan yang harus dijalani oleh setiap wanita.
#1. Pap Smear
Ujian pap smear dilakukan sebagai prosedur saringan utama bagi pengesanan kanser serviks bermula usia 25 tahun.
Ia dilakukan dengan mengambil sel pada bahagian serviks wanita sebelum diuji bagi sebarang perubahan tidak normal.
Menurut Hospital Pantai, wanita perlu menjalani pap smear pada umur 21 tahun tidak kira jika sudah mahupun belum melakukan hubungan seks.
Ujian ini perlu dilakukan setiap tiga tahun bagi wanita dalam lingkungan usia 21 ke 29 tahun. Namun menjelang usia 30 ke atas, ujian tersebut bergantung kepada sejarah perubatan.

#2. Mamogram
Salah satu lagi risiko yang dihadapi oleh kaum hawa ialah kanser payudara. Oleh itu, mereka perlu menjalani ujian mamogram bagi mengesan masalah ini pada peringkat awal.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk mengesan ketulan kecil di dalam payudara yang tidak boleh dirasai dengan tangan.
Menurut Hospital Pantai, para wanita dinasihati agar menjalani ujian mamogram apabila mencecah usia 40 dan mengikut saranan doktor.
Namun bagi mereka yang berusia 50 ke 74 tahun dengan risiko sederhana, disarankan agar menjalani mamogram setiap dua tahun.
PHM juga mengingatkan orang ramai agar menyemak program subsidi MammoScan di hospital swasta panel Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

#3. Pemeriksaan Payudara Sendiri
Selain ujian mamogram yang dijalani oleh wanita lebih berusia, kaum hawa juga diingatkan untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri.
Berbeza dengan mamogram yang dilakukan setiap dua tahun, pemeriksaan payudara perlu dilakukan secara berkala atau setiap bulan dengan sendiri.
Menurut Hospital Pantai, teknik pemeriksaan sendiri payudara (BSE) boleh dilakukan bagi mengesan simptom kanser payudara termasuk benjolan dan perubahan lain iaitu:
- Perubahan bentuk atau saiz payudara.
- Kedudukan puting kelihatan berbeza seperti terbenam.
- Ruam seperti ekzema, kegatalan, kemerahan atau kulit bersisik pada atau sekitar puting.
- Sakit atau ketidakselesaan pada satu payudara yang tidak hilang.
- Perubahan dalam tekstur atau rupa kulit pada payudara.
- Kemunculan tiba-tiba benjolan, benjolan, bengkak dan penebalan pada salah satu payudara.
- Lelehan daripada puting.
Anda boleh membuat pemeriksaan payudara secara visual, dalam keadaan berdiri dan ketika baring. Jangan lupa untuk semak sebarang ketulan pada bahagian ketiak juga.
Baca Artikel Berkaitan: “Benjolan Pada Payudara Tak Semestinya Kanser” – Pakar
#4. Imbasan Ultrasound Pelvis
Bagi wanita yang sedang hamil atau telah bersalin, pastinya sudah biasa menjalani imbasan ultrasound pelvis bagi memerhatikan tumbesaran bayi dalam kandungan.
Namun imbasan ultrasound sama ada secara luaran (transabdominal) atau menerusi faraj (transvaginal) bukan sahaja dilakukan ketika hamil, tetapi juga bagi mengenal pasti sebarang masalah pada organ peranakan.
Kaum hawa yang mengalami gejala seperti sakit perut atau haid tidak teratur boleh menjalani imbasan ini bagi mengesan sebarang masalah seperti rahim dan ovari, antaranya fibroid, cyst dan endometriosis.
Jika anda mengalami kitaran haid tidak normal atau darah haid yang terlalu banyak, jalani imbasan ultrasound di klinik segera.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Darah Haid Terlalu Banyak, Mungkin Ada Fibroid Yang Boleh Sukarkan Kehamilan
Baca Artikel Berkaitan: Ini Faktor Risiko Kanser Ovari, Jalani Pemeriksaan Segera Jika Ada Salah Satu Simptom
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haid Warna Coklat Normal Atau Tak? Ini Penjelasannya
#5. Ujian Tiroid
Di samping itu, kaum hawa juga dinasihati menjalani ujian tiroid, lebih-lebih lagi bagi mereka dengan simptom seperti cepat letih, jantung berdebar dan tangan menggeletar.
Ujian ini bertujuan bagi mengesan pertumbuhan sel-sel abnormal yang bermula dalam tiroid yang terletak di bahagian depan dan bawah leher.
Menurut Hospital Pantai, kanser tiroid lebih kerap terjadi dalam kalangan wanita yang berumur antara 30 ke 60 tahun.
Untuk info, terdapat empat jenis kanser tiroid iaitu:
- Karsinoma papilari
- Karsinoma folikular
- Karsinoma tiroid medulari
- Karsinoma tiroid anaplastik
Diingatkan bahawa kesemua pemeriksaan di atas boleh dilakukan di klinik kesihatan kerajaan (KK) atau hospital kerajaan yang berhampiran.
Bagi mereka yang berkemampuan, boleh juga mendapatkan khidmat klinik atau hospital swasta.
4 Punca Hormon Wanita Terganggu
Seorang wanita sebelum ini telah menjelaskan mengenai beberapa perkara yang boleh menggangu hormon wanita sehingga kitaran haid menjadi tidak menentu.
Kesemua perkara tersebut dianggap biasa dilakukan setiap hari, namun boleh sehingga menyebabkan masalah ketidaksuburan dalam wanita.
Empat perkara tersebut adalah:
- Penggunaan produk mandian wanita yang mengandungi empat jenis bahan kimia iaitu phthalates, paraben, Sodium Laurel Sulfate (SLS) dan wangian sintetik.
- Tidur lewat dan tidak mencukupi sehingga menyebabkan kadar kortisol dalam badan meningkat.
- Pengambilan makanan yang tidak sihat termasuk makanan diproses tinggi yang akan meningkatkan kadar estrogen dalam badan.
- Membiarkan diri dikelilingi oleh individu bersifat toksik yang boleh menyebabkan tekanan, seterusnya meningkatkan kadar kortisol.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 4 Punca Hormon Wanita Terganggu & Period Selalu Tak Menentu


![“Tak Suka? Kumpul Duit Sendiri” – Tauke Berang Anak Mengeluh Bapa Beli Motosikal Tak Ikut Cita Rasa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![Ramai Puas Hati Lihat Pemandu Vios Kena Tahan Polis Peronda Lepas Tunjuk Isyarat Lucah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)
