
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Zikir merupakan antara salah satu cara buat umat Islam untuk mencari ketenangan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Oleh sebab itu, amalan zikir telah diterapkan sejak dari kecil lagi dalam kalangan kanak-kanak.
Namun buat si cilik, bukanlah mudah untuk mengingati setiap lafaz dengan sempurna apatah lagi jika ia disampaikan dengan cara yang formal dan sukar untuk difahami.
Sudah pastilah cara yang lebih kreatif perlu digunakan bagi menarik minat mereka untuk mengamalkan zikir harian.
Guna Lagu Tema Squid Game Ajar Murid Berzikir
Itulah yang dilakukan oleh seorang guru yang juga merupakan perunding pendidikan dan motivasi dalam mengajar murid untuk berzikir dengan caranya tersendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mrherohebat, pengguna yang dikenali sebagai Faizal Toha itu dilihat sedang mengajak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi Pontian Johor bersama-sama mengikutnya untuk berzikir.
Apa yang menjadi perhatian adalah alunan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar dan LailahaillAllah itu bukanlah kedengaran seperti biasa.
Sebaliknya, dia menggunakan lagu daripada drama terkenal di Netflix iaitu Squid Game sebagai latar belakang alunan zikir tersebut.
Tidak hanya itu, alunan lagu itu bukanlah hanya zikir semata-mata sebaliknya ia turut mengandungi lirik yang mengajak murid untuk berzikir.
Murid Dilihat Enjoy Alunkan Zikir Ikut Rentak Lagu Squid Game
Lebih menarik, kebanyakan pelajar sekolah rendah tersebut dilihat begitu teruja dan bersemangat mengalunkan lagu zikir tersebut.
Malah, ada yang dilihat menghayunkan tangan ketika menyanyikan lagu zikir berkenaan bersama-sama.
Difahamkan, alunan lagu zikir itu merupakan ilham daripada seorang penyanyi dan juga pendakwah, Idris Shamsuddin.
“Marilah berzikir bersama SK Ayer Baloi Pontian, Johor. Terima kasih Ustaz Idris Shamsuddin,” tulis pengguna berkenaan di kapsyen.
Marilah Berzikir Bersma SK Ayer Baloi Pontian tq ustaz @Idris Shamsuddin #motivasi #fyp #faizaltoha #aikommalaysia
Sekadar info, Idris Shamsuddin sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai apabila banyak lagu viral yang digunakan oleh beliau sebagai latar belakang untuk menjadikan zikir itu mudah diingati.
Siapa yang dah hafal lagu Squid Game versi zikir ni? Angkat tangan 🙋🙋🏻♀️ #idriscover #familidris #squidgame2 #jomzikir
Lagu ni asyik keluar FYP je, so saya cuba la buat versi zikir.. okay tak? Dapat jugak pahala zikir kan? 😊 #idriscover #knowmetoowell #zikir
Ramai Teruja, Ada Yang Mahu Guna Kaedah Ajak Murid Lain Untuk Berzikir
Video yang telah mendapat lebih 230,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial termasuklah Idris Shamsuddin.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji pendekatan guru berkenaan dalam mengajak kanak-kanak untuk berzikir.
Ini kerana mereka berpendapat cara sebegitu sememangnya mudah untuk diingati apatah lagi dengan alunan lagu popular masa kini.
Malah, ada yang menyuarakan hasrat mahu melakukan cara yang sama untuk mengajar anak murid mereka berzikir.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Terbaik Cikgu!”

“Kebaikan Media Sosial Yang Dikongsikan Dengan Cara Yang Betul, Banyak Kita Boleh Kongsi Buat Rujukan, Terima Kasih Cikgu”

“Terbaik Cikgu, Ini Baru Pendidik Sebenar, Tahniah Cikgu”

“Terbaik! Izinkan Saya Buat Dalam Kelas Nanti”

“Bagus Betul Cikgu Ubah Lirik Buat Anak-Anak. Buat Dekat Tadika Cantik Ini”

Baca Artikel Berkaitan: Siap Conteng Lantai, Kegigihan Guru Mengajar Murid Buat Ramai Terharu
Baca Artikel Berkaitan: Netizen Puji Cara Cikgu PJPK Ajar Anak Muridnya Tentang Pendidikan Seksualiti [Video]
Source:


![Lelaki Di Indonesia Bawa Isteri Hamil Naik Motosikal Menuju Mekah Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)
![Cubaan Scam? Lelaki Lompat Depan Kereta Di Lebuh Raya Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)