Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

8 May 2024 • 12:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak beberapa hari lalu, negara dikejutkan dengan berita pemain skuad bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Insiden itu telah menyebabkan pemain Harimau Malaya itu mengalami luka lecur tahap empat di beberapa bahagian anggota badannya dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Faisal yang juga pemain Selangor FC dipercayai telah disimbah menggunakan asid sulfurik pekat sehingga menyebabkan dia mengalami melecur sehingga ke tahap empat.

Laporan tersebut membuatkan ada yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan asid sulfurik pekat sehingga menyebabkan kelecuran di tahap tinggi.

Asid sulfurik pekat digunakan dalam industri pembuatan seperti bahan binaan

Terbaharu Pakar Bedah Plastik Rekonstruktif dan kebakaran dari Hospital Pakar Avisena, Shah Alam iaitu Dr Wan Syazli Rodzaian Wan Ahmad menjelaskan asid sulfurik adalah sejenis bahan kimia yang tak berwarna, berminyak serta mempunyai sifat menghakis.

Jelasnya penggunaan bahan kimia seperti asid sulfurik pekat pula kebiasaannya digunakan dalam industri pembuatan seperti kilang-kilang, atau diringkaskan ia mempunyai sifat yang kuat.

“Asid sulfurik pekat selalu digunakan dalam bahan binaan, tidak sama seperti asid di rumah yang boleh digunakan untuk mencuci sinki.

“Asid yang digunakan untuk mencuci sinki itu juga jika terpecik dan terkena pada kulit boleh menyebabkan melecur,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Lalukan air yang banyak boleh keluarkan asid dari permukaan kulit

Menurut Dr Wan lagi ada juga asid yang boleh membuat berlakunya kecederaan pada tubuh badan. Beliau turut berkongsi rawatan yang perlu dilakukan jika terkena asid.

Antaranya adalah lalukan air yang banyak. Ini kerana air tersebut dapat mengeluarkan asid dari permukaan kulit. Namun air itu juga boleh menyebabkan tindak balas kimia di mana ia mengeluarkan haba.

Jelasnya lagi, haba yang keluar itu juga boleh menyebabkan kebakaran maka air perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak.

Bukan hanya itu, kesan badan yang terkena asid boleh jadi lebih teruk disebabkan ia boleh membakar sehingga ke bahagian dalam dan tempoh pulih bergantung kepada kedalaman yang dialami oleh pesakit.

“Bergantung kepada kedalaman, kebiasaannya kes yang diterima kebakaran asid berlaku domestik iaitu di dalam rumah di mana melalui asid yang digunakan untuk mencuci sinki. Asid begitu biasanya sangat tidak kuat, tetapi apabil terpecik sedikit pada kulit boleh menyebabkan melecur.

“Rawatan serta pemulihan bergantung kepada tahap kebakaran maksudnya kedalaman, jenis luka dan bahagian mana yang terkena asid.”

Source:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved