Ini Penjelasan FAM Berhubung Dakwaan Vietnam Buat Aduan Kepada FIFA

LocalFootball
17 Oct 2025 • 4:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ini Penjelasan FAM Berhubung Dakwaan Vietnam Buat Aduan Kepada FIFA

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini tampil memberikan penjelasan berhubung terdapat dakwaan pihak daripada Vietnam membuat aduan berhubung isu dokumentasi pemain-pemain warisan Harimau Malaya.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Sivasundaram berkata, dakwaan Vietnam yang membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebenarnya hanya dibuat atas dasar asumsi dan tiada bukti kukuh bahawa negara itu terlibat dalam isu ini.

https://www.facebook.com/reel/1460635141887249

Sebelum ini, terdapat dakwaan ada aduan yang dibuat oleh pihak dari Vietnam berhubung isu dokumentasi pemain warisan Malaysia.

Pada 26 September lalu, FIFA mengambil tindakan terhadap FAM dan tujuh warisan Harimau Malaya selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen.

FIFA dalam satu kenyataan berkata, FAM telah mengemukakan dokumen yang dipalsukan kelayakan pemain kepada FIFA untuk membolehkan pemain-pemain tersebut diturunkan dalam perlawanan rasmi.

Tujuh pemain terlibat adalah Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Difahamkan, FIFA telah menerima aduan mengenai status kelayakan kesemua pemain itu yang turun mewakili Malaysia dalam aksi menentang Vietnam dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia AFC Arab Saudi 2027 pada 10 Jun lalu.

Hasil siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA memutuskan untuk denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM.

Manakala setiap pemain pula dikenakan denda CHF2,000 (RM10,560) dan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, FIFA dilapor telah merujuk status kelayakan tujuh pemain berkenaan untuk mewakili Malaysia kepada Tribunal Bolasepak FIFA bagi pertimbangan lanjut.