Ini Penjelasan Kenapa Patung Ikonik Kucing Putih Di Padungan Pakai Baju CNY Awal

5 Jan 2025 • 12:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Patung Kucing ikonik di Padungan kelihatan gah memakai pakaian perayaan CNY

Ini Penjelasan Kenapa Patung Ikonik Kucing Putih Di Padungan Pakai Baju CNY Awal. Kucing Putih ikonik di Padungan, Kuching, dah pakai baju Tahun Baru Cina (CNY) lebih awal daripada biasa? Kalau anda perasan, ini sebabnya!

Dilaporkan, Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, menjelaskan dalam sesi Facebook Live beliau, ‘Shall WEE Talk’, bahawa keputusan ini diambil kerana beberapa sebab penting.

image is not available
Ini Penjelasan Kenapa Ikon Kucing Putih Di Padungan Pakai Baju CNY Awal. Sumber gambar: The Borneo Post

Tahun Baru Cina Datang Awal dan untuk Penggambaran Video Muzik CNY

Datuk Wee berkata, masyarakat Cina bakal menyambut Tahun Ular pada hujung bulan ini. Jadi, pakaian perayaan perlu disiapkan lebih awal untuk memeriahkan suasana.

“Paling utama, Kucing Putih perlu dihias untuk penggambaran video muzik lagu Tahun Baru Cina,” katanya. Video ini dijangka dilancarkan pada 2 Januari, jadi segalanya perlu dibuat awal supaya penggambaran dan proses penyuntingan selesai tepat pada masanya.

Selepas Hari Krismas lalu, pakaian Kucing Putih yang bertemakan Krismas ditukar kepada pakaian perayaan Tahun Baru Cina. Menurut Datuk Wee, langkah ini selari dengan tradisi Kuching untuk meraikan semua musim perayaan secara harmoni.

image is not available

Datuk Wee berharap orang ramai faham situasi ini dan elakkan pertikaian tak perlu. “Kita perlu menghormati semua perayaan. Jangan biarkan isu kecil seperti pertukaran pakaian patung jadi punca perbalahan,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan bahawa Kucing Putih Padungan kini menjadi tarikan pelancong utama. Ramai yang datang bergambar atau buat check-in media sosial di lokasi ini, dan kerap kali bas pelancong berhenti di kawasan itu.

image is not available
Sumber: FB Gerald Goh

MBKS bercadang bekerjasama dengan artis tempatan

Datuk Wee juga berkongsi bahawa MBKS bercadang bekerjasama dengan artis tempatan untuk menghias Kucing Putih dan kawasan sekitar dengan lebih menarik di masa hadapan.

“Selepas Krismas, kita sambut Tahun Baru Cina. Mari kita nikmati suasana perayaan dan elakkan perbalahan isu remeh,” katanya.

Jadi, kalau anda nampak Kucing Putih Padungan dah “bersiap” awal untuk Tahun Baru Cina, itu tandanya Kuching dah mula menyambut semangat musim perayaan!

Lagi info menarik untuk anda di sini: