Ini Penjelasan Kerajaan Sarawak Kenapa Jalan Lawas-Brunei Tidak Dinaik Taraf

17 Jul 2024 • 9:14 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terdapat isu kedaulatan sempadan

Ini Penjelasan Kerajaan Sarawak Kenapa Jalan Lawas-Brunei Tidak Dinaik Taraf. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jalan usang yang menghubungkan Lawas dengan Temburong, Brunei, tidak boleh diselenggarakan kerana melibatkan isu kedaulatan.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan Malaysia akan terus mengadakan rundingan dengan Brunei untuk menyelesaikan perkara itu.

image is not available
Ini Penjelasan Kerajaan Sarawak Kenapa Jalan Lawas-Brunei Tidak Dinaik Taraf

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa sebarang penandatanganan perjanjian sempadan yang melibatkan sempadan laut atau darat hanya akan diteruskan selepas mengambil kira perkara yang tidak menyentuh sensitiviti dan negeri tersebut.

“Sama ada sempadan darat atau laut, ini melibatkan isu kedaulatan, (jadi) isu ini sangat sensitif,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan oleh Datuk Henry Sum Agong (GPS-Lawas), yang bertanyakan tentang inisiatif kerajaan untuk meningkatkan hubungan jalan raya antara Lawas dan Temburong.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menandatangani sebarang perjanjian supaya semua pihak, terutamanya kerajaan Sarawak, boleh menguruskan infrastruktur di kawasan tersebut.

“Apabila kita bersetuju, pihak-pihak yang terlibat akan duduk bersama untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: