Ini Perbezaan Antara Awesome Intelligence Pada Galaxy A Dengan Galaxy AI

TechnologyDigital
13 Mar 2025 • 10:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelancaran Samsung Galaxy A56, Galaxy A36 dan Galaxy A26 di Malaysia hari ini, Samsung memperkenalkan juga sistem kecerdasan buatan Awesome Intelligence yang disokong ketiga-tiga peranti ini. Awesome Intelligence mempunyai beberapa perbezaan besar apabila dibandingkan dengan Galaxy AI yang disokong siri Galaxy S, Z Fold, Z Flip dan Tab S.

image is not available

Pertama sekali kemampuannya adalah terhad kepada sokongan Google Circle to Search, Object Eraser, Auto Trim, Best Face, My Filter, Edit Suggesti dan Instant Slow-Mo untuk suntingan gambar serta video. Malah ciri Auto Trim, Best Face dan Instant Slow-Mo hanya diberikan kepada Galaxy A56 sahaja. Gemini juga tidak boleh diseru menggunakan butang kuasa. Jika butang kuasa ditekan pada siri Galaxy A, ia akan hanya menyeru Bixby.

Ciri seperti transkrip panggilan telefon, alih bahasa masa nyata, Chat Assist, Now Brief, Drawing Assist, Photo Studio dan Gemini juga masih eksklusif untuk Galaxy AI sahaja pada ketika ini. Dengan kata lain sekiranya pengguna inginkan ciri-ciri AI yang lebih berkemampuan tinggi mereka perlu membeli siri Galaxy S, Z Fold, Z Flip dan Tab S.