Ini Pergerakan Terkini Pasaran Kripto Selepas Data Inflasi Bulan Januari!

WorldBusiness & Finance
13 Feb 2026 • 10:07 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Inflasi CPI AS mencatat bacaan lebih rendah daripada jangkaan pada Januari, dengan kenaikan 2.4% dari tahun ke tahun. Kenaikan ini secara tidak langsung memberikan rangsangan kepada pasaran kripto dan mendorong kenaikan harga Bitcoin.

Bacaan itu merupakan paras terendah dalam hampir empat tahun dan menunjukkan inflasi mungkin semakin menghampiri sasaran 2% Rizab Persekutuan. CPI bulanan pula meningkat 0.2%, manakala inflasi teras kekal selari dengan jangkaan pasaran.

Susulan pengumuman data tersebut, Bitcoin meningkat kepada $67,500 sebelum didagangkan sekitar $67,000, naik lebih 1% pada hari berkenaan.

Data inflasi yang lebih lembut mengukuhkan hujah untuk pemotongan kadar tambahan oleh the Fed, walaupun beberapa pegawai bank pusat sebelum ini memberi isyarat sokongan terhadap jeda pemotongan susulan kebimbangan inflasi.

Laporan CPI ini hadir selepas data pekerjaan AS yang kukuh pada  minggu ini, yang sebelum itu mengurangkan jangkaan terhadap pelonggaran dasar monetari.

Namun dengan tekanan harga yang menunjukkan tanda mereda, pedagang kripto kini meningkatkan semula pertaruhan bahawa Fed mungkin melaksanakan lebih banyak pemotongan kadar faedah pada tahun ini, sekali gus menyokong sentimen risiko dalam pasaran aset digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved