Ini petanda awal Netflix akan kenakan bayaran kalau anda kongsi akaun?

Digital
18 Oct 2022 • 5:11 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Netflix mengumumkan yang mereka telah mengaktifkan satu ciri baharu pada platform penstriman video terkenal dunia itu. Ciri yang dinamakan Profile Transfer membolehkan data seperti sejarah tontonan, senarai kesukaan, permainan, saranan, dan tetapan Netflix dipindahkan merentasi akaun.

image is not available

Ciri ini sangat berguna sekiranya anda memulakan langganan baharu dan ingin memastikan semua maklumat profil di akaun lama dibawa masuk ke akaun baharu. Tidaklah perlu anda mula daripada titik asal. Seperti biasa, ciri ini disebarkan secara berfasa, sekiranya akaun anda menyokokngnya, anda akan dimaklumkan melalui email.

image is not available

Kami melihat ini sebagai petanda awal yang Netflix bakal merancakkan lagi usaha membasmi amalan perkongsian akaun. Dulu, kami pernah laporkan yang dalam beberapa pasaran terpilih, Netflix mengenakan bayaran kepada akaun yang didapati melog masuk di lokasi luar lokasi pendaftaran akaun.

Buat masa ini, pelan termurah Netflix di Malaysia ialah pelan Mudah Alih RM17/bulan. Ia hanya boleh ditonton di peranti dengan resolusi HD 480p sahaja. Pelan paling mahal adalah pelan Premium RM55/bulan, menyediakan tontonan serentak sehingga 4 peranti berbeza dan resolusi sehingga Ultra HD 4K.

image is not available

Baru-baru ini, Netflix di pasaran A.S telah melancarkan pelan Netflix beriklan. Sebagai perbandingan, pelan baharu tersebut ditawarkan pada harga USD6.99 berbanding pelan tanpa iklah USD9.99.

Sumber: Netflix

View Original Article