Ini Petua Nak Bagi Nasi Putih Dimasak Elok & Tak Mentah, Barulah Berselera!

FoodCooking
25 Sep 2025 • 3:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Nasi putih merupakan makanan ruji kebanyakan rakyat Malaysia. Kalau sehari tak jamah nasi, boleh gigil dibuatnya!

Bagi kebanyakan orang, memasak nasi adalah satu perkara yang mudah. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka buat mereka yang jarang memasak nasi.

Nasi boleh menjadi terlebih lembik atau terlebih keras jika salah sukatan dan ukurannya.

Ada juga keadaan di mana sukatan dah mencukupi tetapi nasi yang dimasak tetap tidak nampak cantik dan elok.

Jom kami kongsikan tips mudah untuk dapatkan nasi yang elok dan cantik, paling penting, tidak lembik atau mentah!

#1 Renjis Air Pada Nasi & Tutup Periuk Semula

Korang perasan tak apabila periuk nasi dah menunjukkan isyarat nasi telah masak, nasi kelihatan lembik sewaktu penutup periuk dibuka.

Pada ketika ini, nasi hanya masak sekitar 80% hingga ke 90%. Jika berlaku perkara sebegini, korang boleh renjiskan sedikit air dan tutup periuk nasi semula.

Biarkan selama beberapa minit agar wap dalam periuk tersebut boleh menanak nasi sepenuhnya.

Korang juga boleh merenjis air garam dalam nasi tersebut. Namun, ia perlu digaul dan dibiarkan masak buat seketika.

image is not available

#2 Sukat Air & Beras Guna Cawan Sama

Setiap periuk nasi kebiasaannya akan didatangkan dengan cawan kecil yang mempunyai ukuran.

Cawan itu bukan suka-suka diberi. Ada fungsinya! Pastikan korang menggunakan cawan yang sama ketika menyukat air dan beras.

Memetik majalah Rasa, formula terbaik untuk mendapatkan nasi yang cantik adalah nisbah 2:3 iaitu 1 cawan beras bersamaan ½ cawan air.

#3 Guna Periuk Kukus Untuk Masak Nasi

Tahukah anda, menggunakan periuk kukus untuk memasak nasi adalah jalan paling ‘mudah’ untuk selamatkan nasi dari mentah atau kering.

Jika ada bahagian nasi yang dimasak dalam keadaan mentah, korang hanya perlu mengasingkannya.

Sediakan periuk kukus terlebih dahulu sebelum bahagian mentah tersebut diletakkan dalam bekas berjaring.

Kukus nasi sehingga masa iaitu kira-kira 20 minit sebelum ia boleh dimakan. Cara sebegini juga tidak menjadikan nasi terlalu lembik berbanding teknik direnjis dengan air.

image is not available

#4 Letak Mangkuk Kecil Berisi Air Dalam Periuk

Cara keempat ini amat sesuai sekiranya nasi hanyalah sekitar 50% hingga 60% dalam keadaan masak.

Untuk pastikan keseluruhan nasi 100% masak elok, korang boleh ambil mangkuk kecil yang tahan panas dan diisi dengan air panas.

Buatkan lubang pada bahagian tengah nasi yang kurang masak dan letakkan mangkuk tersebut.

Tutup kembali periuk nasi dan tekan semula butang memasak pada periuk. Wap panas daripada air itu akan membuatkan nasi dimasak sepenuhnya.

#5 Guna Telur Sebagai Penyelamat

Perasan tak, ada segelintir orang khususnya peniaga akan meletakkan telur dalam periuk nasi yang dimasak?

Bukan saja-saja tau! Meletakkan telur dalam nasi mentah akan menjadikan tekstur nasi menjadi lebih baik.

Korang juga boleh menggunakan tips ini untuk menghasilkan nasi yang elok dan cantik.

Caranya adalah dengan meletakkan dua hingga lima jenis telur bergantung kepada kuantiti nasi yang ditanak hingga telur pun menjadi masak.

Langkah sebegini boleh digunakan ‘menyelamatkan’ nasi dari menjadi lembik. Apabila telur telah masak, nasi dikatakan akan mengering dan menggebu sepenuhnya.

Pastikan korang mencuci telur dengan bersih sebelum dimasukkan dalam nasi yang mentah.

image is not available

[BONUS] Masak Nasi Guna Kaedah Double Boil

Jika korang mahu masak nasi dalam kuantiti yang sedikit, kaedah memasak guna double boil amat sesuai. Ia menjadikan nasi lebih sedap, tidak berkerak dan lambat basi.

Memetik laman MyRasa, resipi rahsia itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook menerusi kumpulan Masak Apa Hari Ini.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Beras (Ikut jumlah biasa)
  • Air (Mengikut sukatan memasak nasi seperti biasa)
  • Periuk nasi
  • Periuk kecil yang boleh dimuatkan dalam periuk nasi
  • Air tambahan untuk diletakkan dalam periuk nasi

Korang hanya perlu ikuti langkah di bawah:

  1. Ambil beras dan basuh seperti biasa sampai bersih.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk kecil bersama air mengikut sukatan seperti biasa
  3. Tuangkan sedikit air pada bahagian dasar periuk nasi. Cukup sekadar untuk menampung proses mengukus (1/4 tinggi periuk nasi).
  4. Jika terdapat pelapik periuk, boleh letakkan pada dasar periuk nasi supaya periuk yang kecil tidak bersentuhan secara terus dengan bahagian bawah yang panas.
  5. Letakkan periuk kecil yang berisi beras dan air ke dalam periuk nasi.
  6. Tutup periuk dan tekan butang ‘cook’ seperti biasa
  7. Biarkan nasi dimasak sepenuhnya, tidak perlu kacau atau buka penutup. Korang boleh tunggu lampu bertukar menjadi ‘warm’.

Mudah je kan? Buat korang yang baru nak pandai masak nasi atau risau nasi mentah dan lembik, boleh la guna cara di atas.

Source:

View Original Article