Ini Port Cun Mural Untuk Anda Bergambar Di Kuching

15 Nov 2023 • 11:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masih Mencari Port Untuk Bergambar?

Ini Port Cun Mural Untuk Anda Bergambar Di Kuching. Bandaraya Kuching merupakan salah satu bandaraya di Sarawak yang terkenal dengan budaya seni mereka. Ke mana-mana anda pergi, memang tentu akan terjumpa graffiti atau mural yang dibuat oleh anak-anak seni Kuching.

Jika anda nak cari port seni bagi tujuan bergambar seperti ootd (outfit of the day) atau just for the aesthetic, berikut adalah kawasan bermural yang anda boleh kunjung!

1. Bishop’s Gate Street

Untuk pergi ke sini, anda perlu pergi ke Chubbs atau Drunk Monkey Old Street Bar di Carpenter Street. Lorong yang dipenuhi graffiti terletak di belakang bar dan anda akan terpesona oleh grafiti yang indah dan power yang dilukis oleh seniman grafiti tempatan dan pelawat yang meninggalkan tanda mereka di dinding di sepanjang lorong!

image is not available
Graffiti yang dibuat oleh Tha Black Cat. Kredit: CW’S Food & Travel

image is not available
Graffiti-graffiti di dinding ini sering bertukar jadi jangan hairan sekiranya anda nampak graffiti yang berlainan dan tidak sama seperti dipaparkan secara online! Kebanyakkan hasil lukisan Twenty Fifth boleh dijumpai sini. Kredit: PrattleRattle

2. Mural-mural #tanahairku

Anda mungkin sudah tengok mural-mural ini di pusat bandaraya Kuching. Tiga mural yang menakjubkan di Kuching secara kolektif dikenal sebagai mural “#tanahairku”. Beberapa ahli daripada seni kolektif tempatan 9Lives dikomisen oleh Petronas sempena sambutan Hari Malaysia pada 2015. Hashtag yang digunakan merujuk kepada puisi popular iaitu Tanah Air oleh Usman Awang.

image is not available
Mural ini bertajuk ‘Harmony’ dan dihasilkan oleh Twenty Fifth dan Tha Black Cat. Ditemui di sudut Jalan Main Bazaar dan Lebuh Wayang. Kredit: WordPress

image is not available
Ditajukkan ‘Menua Kitai’ dan terletak di sudut Jalan Main Bazaar dan Lebuh Wayang juga (secara spesifiknya di dinding Granary Kitchen and Bar), ia menggambarkan kanak-kanak Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Dayak, Melayu, dan Cina. Hasil lukisan daripada Amey Sheikh Ali dan Dean.R. Kredit: TripAdvisor

image is not available
Mural hasil lukisan Sonia Luhong dan Amy Amin, ia menggambarkan seekor kucing hybrid iaitu kucing hutan yang natif kepada Borneo dan kucing domestik melompat. Dikatakan ia bermaksud kita sebagai masyarakat, yang asal usulnya indegenious telah ‘melompat’ ke arah pemodenan. Mural ini terletak di Jalan Carpenter. Kredit: Eve Raoh

3. Electra House

Di tepi Electra House terletaknya beberapa mural hasil lukisan muralist terkenal iaitu Ernest Zacharevic. Beliau merupakan artist yang menghasilkan mural yang paling terkenal di Pulau Pinang iaitu ‘Boy on Motorcycle’.

image is not available
Ini Port Cun Mural Untuk Anda Bergambar Di Kuching. Children Riding Bicycle. Kredit: Ernest Zacharevic

Jadi, sekiranya anda melihat mural-mural di tepi Electra House, memang ternyata dapat melihat persamaan.

image is not available
Ini Port Cun Mural Untuk Anda Bergambar Di Kuching. Kredit: Ernest Zacharevic

image is not available
Ini Port Cun Mural Untuk Anda Bergambar Di Kuching. Kredit: Sailingstone

Di seberang bangunan Electra House, anda akan melihat hasil lukisan muralist Kuching terkenal, Leonard Siaw. Beliau merupakan artist yang bertanggungjawab melukis beberapa mural yang menakjubkan di Kuching iaitu mural di Singgahsana Lodge dan Riverside Majestic Hotel.

image is not available
Ini Port Cun Mural Untuk Anda Bergambar Di Kuching. Hasil lukisan Leonard Siaw. Kredit: Sailingstone

4. Papillon, MJC

Terletak di MJC, Batu Kawah, mural ini dikomisen untuk menghasilkan sebuah mural yang menggambarkan lukisan Vincent Van Gogh terkenal iaitu Starry Night dengan sedikit penambahan. Seperti mural-mural #tanahairku, mural ini dilukis oleh beberapa ahli seni kolektif 9Lives.

image is not available
Hasil lukisan Keds, D2K dan Tha Black Cat. Kredit: Emelia Mike

5. Feast & Furious Cafe

Feast & Furious Cafe terletak di sudut menghadapi CIMB Bank seberang RJ Ayam Bakar. Mural yang menakjubkan di cafe tersebut adalah hasil lukisan Artsy Daphy (Daphne Siaw). Yang membuat mural ini unik adalah penggunaan warna yang sangat minimal, tetapi cukup cantik di mata!

image is not available
Ini Port Cun Mural Untuk Anda Bergambar Di Kuching. Pemandangan mural dari jalan. Kredit: Twitter

image is not available
Ini Port Cun Mural Untuk Anda Bergambar Di Kuching. Hasil lukisan Artsy Daphy (Daphne Siaw) Kredit: CY@CY Says

Banyak Bakat Seni Di Kuching

Thanks to our artistic friends, bandar Kuching dihiasi mural yang cantik dan menakjubkan. Diharapkan Kuching akan sentiasa open dengan hasil-hasil seni anak kreatif Sarawak! Yang mana satu mural/graffiti kegemaran anda? Komen dan jangan lupa share!

Lagi artikel menarik tentang mural di Kuching untuk anda! Baca di bawah:

https://www.iloveborneo.my/lagi-seminggu-untuk-borneo-sonic-mural-taeyang-di-kuching-tarik-perhatian-netizen/

https://www.iloveborneo.my/mural-wanita-membuat-kuih-ang-ku-di-jalan-padungan-ini-bakal-jadi-tarikan-baharu-di-kuching/