Ini projek gila! Xiaomi 12S Ultra Concept boleh dipasang lensa Leica-M

Digital
2 Nov 2022 • 3:56 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Xiaomi telah mengutuskan satu video promosi baharu untuk siri Xiaomi 12S mereka dan ia berkaitan Xiaomi 12S Ultra Concept. Xiaomi melakukan modifikasi ke atas varian tertinggi keluarga 12S dalam bentuk ia boleh menerima lensa kamera luaran daripada Leica.

image is not available

Apa yang Xiaomi lakukan adalah bermula dengan mengubah kedudukan kamera ultralebar untuk menggantikan kamera telefoto di bahagian bawah. Tempat asal kamera ultralebar digantikan dengan sensor 1". Ia menjadikan Xiaomi 12S Ultra Concept telefon pertama yang ada dua kamera bersensor 1".

image is not available
Xiaomi 12S Ultra yang asal ada kamera telefoto di bahagian bawah

image is not available
Kamera telefoto dibuang, kamera utlralebar dipindahkan ke bawah dan sensor 1″ baharu dimasukkan

Untuk kamera 1" baharu ini, tiada sebarang elemen lensa diberikan kerana ia bakal terima lensa lebih baik. Jadi, Xiaomi melindungi lensa ini dengan kaca nilam untuk keselamatan.

image is not available
Sensor utama yang terdedah

Bahagian panel kamera menjadi tempat untuk dipasang penyesuai kaki lensa Leica-M. Makanya, telefon ini boleh menerima mana-mana daripada 6 lensa M yang ada dalam katalog siri lensa itu. Tidaklah diketahui bagaimanakah Xiaomi akan menghomologkan telefon ini dengan lensa.

image is not available

Maksud saya, Leica-M adalah lensa untuk kamera siri M yang bersenfor Full Frame. Sudah tentu akan ada faktor krop yang superbesar terlibat dengan hasil foto ataupun video daripada sensor 1" Xiaomi. Kemudian, pastinya aka nada pertembungan antara sistem autofokus telefon dan sistem manual fokus lensa.

Salah satu solusi yang boleh saya fikirkan adalah hanya fokus ke infiniti sahaja boleh digunakan pada telefon dan tugasan memfokus dilakukan menggunakan gelang fokus di lensa.

image is not available

Satu lagi perkara yang membingunkan adalah, disebabkan Xiaomi telah buang semua elemen lensa daripada kamera utama, makanya tanpa lensa Leica-M, kamera utama Xiaomi ini mati terus. Adakah anda tahu berapakah harga Leica-M termurah?