Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Digital
1 Dec 2022 • 10:40 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Artikel ini dibawakan oleh Samsung

Samsung Galaxy Z Flip4 adalah telefon boleh lipat terhangat masa ini. Setelah empat iterasi berbeza, ia kini boleh berbangga menjadi yang terbaik dalam segmennya. Antara yang ditawarkan telefon ini adalah seperti spesifikasi berkelas flagship dan kekalisan air walaupun dengan ciri boleh lipatnya.

image is not available

Berbanding generasi sebelumnya, hayat bateri adalah salah satu bahagian yang nyata ditambah baik oleh Samsung pada Galaxy Z Flip4. Buat anda yang nak tahu, tambah baik dilakukan di dua bahagian iaitu pada peringkat perkakasan dan juga perisian.

Perubahan Z Flip4 di peringkat perkakasan

Naik taraf perkakasan boleh dilihat sebagai cabaran paling besar berjaya ditangani Samsung. Hal ini kerana, dengan mengekalkan dimensi seperti Galaxy Z Flip3, Samsung berjaya mempertingkat kapasiti bateri Z Flip4 sebanyak 400mAh ataupun 8.8%.

image is not available

Ia sudah tentu diterjemah kepada tempoh penggunaan yang lebih panjang.

Kemudian, bagi meminimumkan masa anda mengecas. Samsung juga telah menaik taraf sistem pengecasan pada Z Flip4 dengan memberikan sokongan pengecasan Super-Fast Charging 25W berbanding 15W sebelum ini. Telefon boleh lipat itu kini mengecas 12% lebih pantas berbanding sebelumnya.

image is not available

Haba adalah musuh ketat bateri. Tidak berada dalam suhu optimum boleh memberi kesan kepada kitaran hayat bateri. Bagi memastikan tangki kuasa Galaxy Z Flip4 selamat daripada kesan negatif haba, Samsung menggunakan sistem penyejuk berasaskan kepingan grafit yang bukan sahaja melindungi bateri, malahan cip pemproses agar ia beroperasi pada tahap tertinggi setiap masa.

image is not available

Dapatkan seunit Samsung Galaxy Z Flip4 hari ini

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Galaxy Z Flip4, ia boleh didapati dalam pasaran pada harga bermula RM4,099 berikut adalah senarai penuh model yang boleh anda dapatkan:

  • Galaxy Z Flip4 (RAM 8GB + Storan 128GB) RM4,099
  • Galaxy Z Flip4 BESPOKE Edition (RAM 8GB + Storan 256GB) RM4,199
  • Galaxy Z Flip4 (RAM 8GB + Storan 512GB) RM4,499

Seperti biasa, ada beberapa promo yang sedang berjalan sekarang. Contohnya, anda akan terima jam tangan Galaxy Watch4 bernilai RM799 percuma bila anda beli telefon dalam siri Galaxy Z. Kemudian, untuk pembeli Galaxy Z Flip4 BESPOKE Edition, anda akan terima pelindung telefon percuma yang bernilai RM99.