Ini Resepi Ubi Kayu Rebus Ala Ala Ahmad Maslan

Cooking
1 Mar 2023 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Oh! Media - Ubi kayu

Tular di media sosial mengenai ahli politik, Datuk Seri Ahmad Maslan yang dikatakan telah membelanja sidang menteri dengan sajian minum petang, ubi kayu rebus dengan sambal ikan bilis. Wah, betul ke?

Tapi, kalau tengok gambar pun nampak sedap juga kalau dapat makan panas-panas ketika hujan. Jadi, jom Oh! Media kongsi resepi ubi kayu rebus hasil nukilan Eny Abdullah.

Resepi ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis

image is not available

Bahan-bahan:

  1. Ubi kayu
  2. 1 cawan ikan bilis (dibuang kepala dan perut)
  3. 1/2 cawan cili kering rebus (dikisar)
  4. 2 ulas bawang besar (dikisar)
  5. 4 ulas bawang putih (dikisar)
  6. 5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  7. 1-2 sudu besar gula
  8. 1 sudu kecil pes asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
  9. Sedikit kiub pati ikan bilis

Cara-cara penyediaan:

  1. Buang kulit ubi kayu, bersihkan dan potong kecil-kecil.
  2. Rebuskan ubi tersebut bersama sedikit garam sehingga empuk dan toskan air.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Guna minyak goreng yang sama dan tumis bawang merah, cili kisar dan semua bahan kisar. Masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ikan bilis, air asam jawa, gula, kiub ikan bilis, garam dan masak sambal tersebut sehingga pekat.
  6. Siap untuk dihidang.

Ha, mudah sahaja bukan? Jadi, selamat mencuba!

Kredit: Eny Abdullah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved