Ini Respon Afdlin Shauki Selepas Dengar DBKL Tutup Terus Crackhouse Comedy Club

17 Aug 2022 • 10:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hari ini memaklumkan pihak memutuskan untuk menutup Crackhouse Comedy Club. Ini termasuklah menyenarai hitam pemilik kelab terbabit seumur hidup.

Keputusan penutupan terus kelab ini turut mendapat persetujuan pengarah, pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki kerana pemilik bersalah tidak mempunyai lesen hiburan.

Afdlin tertanya-tanya mahkamah dah jatuh hukum atau belum..

Penutupan kelab tersebut adalah di luar bidang kuasa saya namun apa yang terjadi mereka perlu menanggung akibatnya.

Persoalannya adakah mahkamah telah menjatuhkan hukum? Logik jika nak tutup kalau sudah jatuh hukum.

Afdlin bagaimanapun merasakan keputusan DBKL menutup atas alasan lesen perlu diterima dan cukup kukuh.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.