Ini Respon Padu Puteri Sarah Bila Dilabel Penyondol Sebab Selfie Dengan MK

Entertainment
21 Jan 2023 • 11:50 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
puteri sarah MK

Malam tadi telah berlangsungnya konsert penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan. Konsert Cakra Khan A Decade Live in Kuala Lumpur itu meriah dihadiri para peminat termasuk selebriti tanah air.

Pelakon Puteri Sarah tak ketinggalan menghadiri konsert itu ditemani ibu serta pembantu peribadinya. Namun, apa yang menarik perhatian pengikut Instagram adalah apabila Puteri Sarah memuat naik gambar selfie bersama penyanyi, MK K-Clique.

Ruangan komen foto itu dibanjiri pelbagai respon daripada netizen. Ada yang berseloroh ‘approve’ gandingan mereka berdua, tak kurang juga yang mengingatkan Puteri Sarah bahawa dia masih berstatus isteri orang.

image is not available

Dalam banyak-banyak komen tu, ada seorang netizen melabel Puteri Sarah sebagai penyondol kerana MK dikatakan sudah mempunyai kekasih hati. Baca respon Puteri Sarah ni.

image is not available

Jelas Puteri Sarah, dia bukannya berdua-duaan dengan MK pun, di sebelahnya ada ibu, pembantu peribadi dan pengurus. Lagipun katanya, kalau nak menyondol takkanlah tunjuk terangan-terangan depan orang di konsert kan?

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.