Ini Respon Penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Selepas Adi Putra Dakwa Dipulau

12 Aug 2022 • 3:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tengah malam tadi, pelakon watak Mat Kilau iaitu Adi Putra memuat naik satu hantaran yang ditujukan khas buas penerbit Studio Kembara.

image is not available

Apa yang mengejutkan adalah dia menyatakan ketidak hadiran dia ke tayangan gala filem Mat Kilau di Jakarta nanti. Ini semua berpunca kerana dia tidak dapat menghubungi pihak penerbit dan merasakan seperti dipalau.

image is not available

Studio Kembara terkejut apa yang didakwa Adi Putra

Memetik laporan Harian Metro, penerbit dan pengarah urusan Studio Kembara, Abdul Rahman memaklumkan dia juga baru sahaja dimaklumkan tentang perkara ini. Beliau juga tidak pasti siapa yang dihubungi Adi Putra sehingga tidak dilayan.

Saya pun kawan baru hantar pagi ini, tiba-tiba saja. Saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi.

Tunggu saya dapat respon staf dulu. Ada ke Adi Putra call tapi tak jawab. Pagi ni mungkin mereka tidur lagi. Semalam ada perbincangan lewat malam. – Jelas Abdul.

image is not available

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media