Ini Rupanya Rahsia Cuci Bekas Berminyak Tanpa Tinggalkan Kesan Licin

4 Aug 2022 • 6:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tips yang mindblowing dari aplikasi Tik Tok.

Ini Rupanya Rahsia Cuci Bekas Berminyak Tanpa Tinggalkan Kesan Licin. Kebiasaannya, kalau nampak sahaja bekas plastik terutamanya bekas plastik lutsinar yang berminyak, pasti anda rasa sangat keberatan nak cuci.

Apatah lagi ia masih meninggalkan bekas minyak yang licin walau pun selepas disental menggunakan span dan sabun pencuci.

image is not available
Ini Rupanya Rahsia Cuci Bekas Berminyak Tanpa Tinggalkan Kesan Licin

Geram je kan? Rasa nak buang terus pun ada.

Jangan dibuang dulu bekas tu. Netizen di media sosial kini menemui satu rahsia mencuci bekas plastik berminyak dengan cepat dan semestinya, bersih tanpa tinggalkan kesan minyak!

Rahsianya? Guna 3 bahan sahaja!

Melalui perkongsian Tiktok @ajezzzzzzz, lelaki tersebut menunjukkan cara membersihkan bekas plastik yang penuh dengan minyak sehingga bersih. Bahan yang digunakan ialah sabun pencuci pinggan mangkuk, air dan tisu dapur.

Nak tahu macam mana? Jom kita tengok.

Langkah 1 : Masukkan pencuci pinggan mangkuk secukupnya ke dalam bekas yang berminyak.

image is not available
Sumber : Twitter

Langkah 2 : Masukkan air sehingga memenuhi 1/3 bekas tersebut.

image is not available
Sumber : Twitter

Langkah 3 : Masukkan pula sekeping tisu dapur ke dalam campuran pencuci dan air.

image is not available
Sumber : Twitter

Langkah 4 : Tutup bekas dan goncang.

image is not available
Sumber : Twitter

Langkah 5 : Buang campuran serta tisu dan cuci dengan air bagi menghilangkan sisa sabun.

Siap! Anda akan dapati bekas plastik anda bebas dari sebarang kotoran minyak degil. Paling best, dah tak licin lagi bila dipegang!

Simple rupanya. Bagi anda yang selama ini bersusah payah membersihkan bekas plastik berminyak di rumah, mungkin boleh cuba cara ini. Kalau dah cuba, jangan lupa untuk kongsikan hasilnya di ruangan komen, okay?

Lagi tips menarik yang anda boleh cuba:

View Original Article