“Ini Saat Negara Saya Perlukan Saya” – Penyerang Iran Mohon Pelepasan Bola Sepak, Pulang Pertahankan Tanah Air

WorldFootball
3 Mar 2026 • 9:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.

Taremi, 33, yang kini beraksi bersama kelab gergasi Greece, Olympiacos, difahamkan telah memaklumkan hasrat itu kepada pihak pengurusan kelab dalam tempoh terdekat.

image is not available

Penyerang Iran Mohon Pelepasan Bola Sepak

Menurut laporan media antarabangsa, pemain berkenaan menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat dalam struktur pertahanan Iran, dengan menyifatkan tanggungjawab terhadap negara sebagai keutamaan ketika ini.

“Ini saat negara saya perlukan saya,”katanya.

image is not available

Sumber turut memaklumkan pegawai daripada Persekutuan Bola Sepak Iran sedang berusaha memujuk Taremi agar menangguhkan keputusan tersebut dan kekal memberi fokus kepada komitmennya di pentas Eropah.

Bagaimanapun, pemain itu dikatakan tetap dengan pendiriannya untuk pulang ke tanah air.

Sekiranya keputusan itu dimuktamadkan, ia bukan sahaja memberi kesan kepada Olympiacos, malah berpotensi menjejaskan perancangan skuad kebangsaan Iran menjelang kejohanan antarabangsa utama.

Taremi sebelum ini mencipta reputasi cemerlang di Eropah bersama FC Porto dan Inter Milan, selain menjadi tonggak utama pasukan kebangsaan dengan reputasi sebagai penjaring prolifik.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Olympiacos mahupun Taremi sendiri berhubung perkara itu. Perkembangan lanjut dijangka terus menjadi perhatian media sukan antarabangsa.

Sumber: X topskillsportuk

The post “Ini Saat Negara Saya Perlukan Saya” – Penyerang Iran Mohon Pelepasan Bola Sepak, Pulang Pertahankan Tanah Air appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved