INI Sebab Song Hyekyo Berjaya Lalui Penceraian Bersama Song Joongki

EntertainmentMusic
7 May 2024 • 11:21 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas bercerai dengan Song Joong-ki, ramai yang sebenarnya curious mengenai kehidupan peribadi Song Hye-kyo.

Terbaru, pelakon wanita itu telah memuat naik gambar bersama anak anjing peliharaannya, Ruby sebagai hadiah buat peminat. Bahkan Song Hye-kyo sering membawa Ruby ke mana-mana termasuk jadual seni ke luar negara.

Sebenarnya, pelakon “The Glory” itu menyambut kedatangan Ruby semasa dia baru sahaja bercerai dengan Song Joong-ki. Katanya, haiwan itu hadir secara tiba-tiba dan terus menjadi sahabat terdekatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Song hyekyo (@kyo1122)

Song Hye-kyo mengakui bahawa Ruby membuat hidupnya lebih teratur dan bertanggungjawab.

Berkat Ruby, hidup saya lebih sihat. Mudah untuk menangguhkan kerja kerana saya tidak suka berjalan sendiri tetapi sekarang saya perlu membawa Ruby keluar setiap hari.

Kerana Ruby, kesihatan mental Song Hye-kyo semakin membaik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.