Ini Sebab Tertuduh Kes Langgar Pelajar Dikawal Ketat, Kena ‘Escort’ Polis

19 Dec 2023 • 11:16 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tertuduh kes langgar mati pelajar tingkatan lima Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie semalam dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis bagaimanapun menafikan dakwaan tertuduh diberikan layanan istimewa atau ‘double standard’ kerana diiringi kenderaan escort daripada polis.

image is not available

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, kawalan ketat terhadap tertuduh adalah prosedur biasa apabila membabitkan kes yang menarik perhatian ramai.

Proses biasa di sini ialah pesalah akan menerima ‘escort’ (iringan) dari balai kemudian dibawa ke mahkamah dan dihadapkan kepada hakim.

Kita tak anggap pun kes ini sebagai kes berprofil tinggi. Dia sebagaimana pesalah biasa. Cuma ianya menarik perhatian, justeru bila menarik perhatian sebegini kita perlu ada kawalan yang ketat.

Jelasnya, ianya sama seperti pesalah lain yang menghadapi perbicaraan demi menjaga keamanan dan ketenteraman awam di kawasan mahkamah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved