'Ini semua rezeki. Kalau nampak keluar bersama...' Amira Othman jawab dakwaan 'menunggang' populariti Fattah Amin

EntertainmentPolitics
19 Jan 2025 • 1:27 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KEMUNCULAN

bersama rakan artis, Fattah Amin baru-baru ini dengan mengenakan pakai sedondon dalam rona ‘burgundy’ meraih perhatian ramai.



Rata-rata warganet memuji penampilan dan tidak kurang yang 'merestui' andai mereka menjalinkan hubungan.



Pada masa sama, timbul dakwaan segelintir pihak kononnya kehadiran beliau mendapat perhatian mendadak disebabkan ‘menunggang’ populariti pelantun lagu Wanita Terakhir.



image is not available



Dalam sidang media pada majlis pengumuman Duta Jakel 2025, Amira mengakui hubungan rapat bersama Fattah adalah atas dasar kerja semata-mata.



Akuinya, mereka bekerjasama dalam muzik video single terbaru beliau berjudul Bila Nak Kahwin.



"Jadi, saya kurang faham tentang istilah ‘menunggang’ tersebut. Apa yang pasti, segala yang terjadi dan disusun itu adalah rezeki.



“Saya anggap perkataan ‘menunggang’ itu kurang sesuai digunakan kerana kalau sudah tertulis rezeki, maka macam-macam boleh berlaku," jelasnya.



image is not available



Kongsi Amira lagi, segalanya bermula dengan gimik.



"Apa sahaja pilihan kita sama ada mahu kontroversi atau tidak, pasti ada kebaikan dan keburukan. Dengan gimik ini pasti ada spekulasi dan sebagainya.



"Pada saya asalkan ia tidak berlebihan-lebihan. Kalau nampak kami keluar bersama, itu semua atas dasar kerja,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved