watchOS 10 akan diberikan sekitar bulan September serentak dengan pengumuman siri Apple Watch terkini. Tetapi seperti biasa model lama Apple Watch juga akan menerimanya. Apple telahpun mengesahkan tujuh model Apple Watch akan disokong watchOS 10.

Model paling lama yang disokong ialah Apple Watch Series 4 dari tahun 2018. Pada waktu yang sama tidak semua ciri watchOS 10 boleh digunakan oleh model-model jam di bawah. Antara ciri menarik yang diperkenalkan ialah muka jam baharu, sokongan widget pantas dan peta yang menunjukkan lokasi terakhir perkhidmatan selular dikesan oleh Apple Watch. Senarai lengkap 7 model Apple Watch yang disokong adalah seperti di bawah.
- Apple Watch Series 4
- Apple Watch Series 5
- Apple Watch SE
- Apple Watch Series 6
- Apple Watch Series 7
- Apple Watch Series 8
- Apple Watch Ultra
- Sumber
- Apple


