Ini Senarai Acara Menarik Di Kuching Sepanjang November Ini

1 Nov 2023 • 2:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Apa yang menarik bulan ini di Kuching, ini senarainya:

Ini Senarai Acara Menarik Di Kuching Sepanjang November Ini. Kuching, bandaraya yang terkenal dengan acara rasmi untuk warisan dan kebudayaannya, kini menawarkan pelbagai acara menarik yang pasti akan memukau hati anda.

Berikut adalah senarai acara-acara yang anda tidak mahu lepaskan:

1. Festival Gendang Sarawak 2023

Festival Gendang Sarawak merupakan sebuah program untuk menyemarak dan memelihara seni budaya di samping memaparkan keunikkan Gendang Melayu Sarawak. Aktiviti seni budaya yang dizahirkan melalui festival ini juga berupaya menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong.

Festival Gendang Sarawak menyerlahkan pengisian seni budaya yang menarik dan unik melalui acara utama dan pelbagai aktiviti sokongan.

image is not available
Ini Senarai Acara Menarik Di Kuching Sepanjang November Ini. Kredit: Facebook

Antara pengisian program ialah:

  • Persembahan Gendang Sarawak
  • Pertandingan Gendang Melayu Sarawak
  • Pertandingan Pencungkilan Bakat
  • Persembahan Kesenian dan Kebudayaan
  • Pameran, Demonstrasi dan Jualan Produk Seni / Kraf Tempatan
  • Pameran Agensi

Maklumat Penting

Lokasi: Tebingan Kuching, Sarawak

Tarikh: 3 – 5 November 2023

2. Food Republik

Berita baik buat anda pencinta makanan, festival makanan Food Republik kembali lagi menemui warga Kuching tidak lama lagi.

Menariknya, festival makanan ini akan dimeriahkan oleh beberapa artis dan influencer terkenal. Warga Kuching juga berpeluang merasai makanan-makanan viral seperti Kunafa Ojen, Churros dari Zafir Karipap, Suka Dessert dan banyak lagi!

image is not available

Maklumat Penting

Lokasi: Belum dimaklumkan

Tarikh: 8 -12 November 2023

3. Hallowish Wonderland Festival, Canaan Square

Hallowish adalah acara kolaborasi bersama selama 10 hari yang diadakan oleh Vala, Caws dan Seeds di Canaan Square, Kuching. Acara ini akan mengubah Canaan Square menjadi taman ajaib yang berhantu yang akan menawarkan aktiviti yang mendebarkan, kiosk makanan dan minuman serta aktiviti menarik untuk peserta dari semua peringkat umur.

image is not available

Maklumat Penting:

Lokasi: Canaan Square, 93350 Kuching.

Tarikh: 26 Oktober hingga 5 November 2023

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/karnival-jom-heboh-kuching-disember-2023/

https://www.iloveborneo.my/4-stall-donut-paling-mantap-di-kuching/