
Tandakan dalam kalendar untuk bulan ini
Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Mei 2025. Bulan Mei 2025 dijangka cukup sibuk dan meriah di Sarawak. Ada festival makanan, acara sukan, konsert muzik, pesta komuniti dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang berlangsung di serata negeri — dari Kuching hingga ke Bintulu, Bau, Serian dan Sematan.
Kalau anda sedang rancang hujung minggu atau nak cari tempat lepak dan aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan, ini senarai acara yang boleh anda tandakan dalam kalendar:

Festival & Bazaar Komuniti
1. Gawai Bazaar 2025 – Summermall
8–30 Mei | Summermall, Kuching
Bazaar sempena sambutan Gawai ini menampilkan jualan makanan tradisional, kraftangan dan produk tempatan. Sesuai untuk cari juadah Gawai atau cenderamata istimewa.
2. Gawai Bazaar 2025 – Stutong
3–11 Mei | Aerowalk, Aeroville Mall, Kuching
Versi lebih ringkas tapi tetap meriah. Kalau anda tinggal sekitar Tabuan atau Stutong, ini lokasi bazaar Gawai paling dekat!
3. Serian Agrofest
23–25 Mei | Dataran Mutiara, Tebedu
Pameran pertanian yang menonjolkan hasil tempatan, teknologi agro dan aktiviti komuniti. Ada juga jualan produk kampung, pertandingan dan hiburan.
4. Pesta Tasik Biru Bau
15–25 Mei | Bau
Pesta rakyat penuh warna di tepi tasik. Ada pentas hiburan, jualan gerai, permainan tradisional dan persembahan kebudayaan.
Acara Muzik & Budaya Pop
5. Cats City Oi! Fest 2025
3 Mei | ABM Bistro CIDB, Sukma
Festival muzik alternatif oleh Kuching Skinhead Crew menampilkan band punk, Oi!, dan ska. Untuk yang minat muzik underground dan subkultur, ini peluang nak join komuniti muzik bebas.
6. Fast Culture
3–4 Mei | Stadium Sarawak, Kuching
Gabungan seni jalanan, muzik bebas dan aktiviti budaya pop muda. Acara ini serlahkan ekspresi kreatif anak muda Sarawak.
7. The Bridgerton String Quartet Recital
23–24 Mei | Chemsain Auditorium, Kuching
Persembahan klasik berinspirasi dari siri Bridgerton. Kalau anda minat muzik instrumental dengan gaya eksklusif, jangan lepaskan!

8. Starwise 5th Anniversary Festival
25 Mei | Starwise Saradise, Kuching
Sambutan ulang tahun kelima Starwise, menampilkan ikon cosplay antarabangsa Hakken. Wajib hadir untuk peminat budaya Jepun dan anime!
♀️ Acara Sukan & Outdoor
9. Sukan Olimpik Negeri Sarawak
2–5 Mei | Seluruh Sarawak
Edisi ketujuh temasya sukan peringkat negeri ini melibatkan atlet dari seluruh Sarawak dalam pelbagai acara sukan.
10. Regatta Sejijak
2–4 Mei | Kampung Sejijak, Kuching
Perlumbaan perahu tradisional yang menarik perhatian komuniti sekitar Sungai Sejijak. Acara penuh semangat dan budaya.
11. Xterra Borneo Sarawak
3–4 Mei | Sematan
Sukan ekstrem yang menggabungkan renang, larian dan kayuhan lasak. Untuk atlet yang sukakan cabaran luar.
12. Kuching Heritage Race
10 Mei | Kuching
Acara ‘race’ berkonsepkan eksplorasi sejarah bandar. Peserta akan merentas lokasi bersejarah sambil selesaikan tugasan — edukasi + seronok!

Acara Pendidikan
13. Jom Masuk U
3–4 Mei | Mydin Vista Tunku, Kuching
Pameran pendidikan yang menghimpunkan institusi pengajian tinggi, biasiswa dan peluang kerjaya. Terbuka untuk pelajar dan belia.

️ Festival Makanan
14. Lapa Food Fest Bintulu
6–11 Mei | Bintulu
Festival makanan yang menghimpunkan pelbagai gerai dari komuniti tempatan dan etnik. Tempat terbaik nak cuba makanan unik dari Borneo.




