Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Jun 2024 Di Sarawak

5 Jun 2024 • 1:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bulan ni korang bolehla usha acara mana yang korang nak pergi bersama keluarga

Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Jun 2024 Di Sarawak. Di Sarawak, memang tidak pernah kekurangan acara-acara menarik sepanjang tahun. Nahh, korang takyah tercari-cari lagi.

Berikut adalah senarai acara menarik sepanjang bulan Jun 2024 di Sarawak:

image is not available

1. Pesta Babulang & Lumba Kerbau (6 Jun, Kampung Batu Danau Limbang)

Pesta Babulang adalah perayaan tradisi yang diraikan oleh masyarakat Bisaya di Limbang. Acara ini terkenal dengan perlumbaan kerbau yang unik, di mana peserta-peserta berlumba dengan kerbau mereka di dalam trek berlumpur. Secara tradisinya, Babulang adalah perayaan kesyukuran atau meraikan kejayaan.

image is not available

2. Great British Circus (08- 14 Jul 2024,  Stadium Negeri Sarawak (Car Park A)

Pada 8 Jun hingga 14 Julai 2024, Great British Circus akan mengadakan pertunjukan mereka di Stadium Negeri Sarawak (Car Park A). Waktu pertunjukan ialah pada setiap Jumaat hingga Ahad, cuti awam dan cuti sekolah pada pukul 5:30 petang dan 8:30 malam. Hari terakhir pertunjukan pada 14 Julai hanya pada pukul 5:00 petang.

Anda boleh buat pembelian tiket di sini  www.ticket2u.com.my

image is not available

3. Minggu Arkib Antarabangsa (9 Jun, Pustaka Negeri Sarawak)

Semasa Minggu Arkib Antarabangsa (IAW), Pustaka Negeri Sarawak secara aktif bekerjasama dengan institusi arkib di Malaysia dan jabatan kerajaan Sarawak yang terpilih untuk meraikan IAW dan juga untuk menyokong kepentingan dan nilai arkib dan profesional yang berdedikasi yang memeliharanya.

4. Sarawak International Open Tenpin Bowling Championship (10-15 Jun, Megalanes Kuching)

Acara ini bertujuan menarik peserta di peringkat tempatan dan antarabangsa, pertandingan itu bersedia untuk meningkatkan daya tarikan Sarawak sebagai hab pelancongan sukan yang semakin berkembang. Acara ini bukan sahaja akan mempamerkan bakat boling tetapi juga meletakkan Sarawak sebagai destinasi untuk penggemar sukan

image is not available

5. Pesta Besaug Dalat (28-29 Jun, Dalat Waterfront)

Karnival/perayaan ini mempamerkan produk, budaya dan tradisi tempatan terutamanya yang diperbuat daripada rotan. Pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya gerai jualan, pameran, pelbagai pertandingan, dan acara lain.

6. Rainforest World Music Festival (28-30 Jun, Sarawak Culture Village)

Seperti yang diketahui umum, Rainforest World Music Festival (RWMF) adalah festival muzik dunia tahunan yang diadakan di Sarawak, Malaysia, yang menampilkan berbagai artis musik tradisional dari seluruh dunia.

image is not available

7. Betong Food & Art Festival (BeFA FEST) (28-30 Jun, Dataran Tasik Medan Betong)

Membuat penampilan sulung tahun lepas, acara ini menghimpunkan kira-kira 100 vendor dan menampilkan Kanopi Arab, Kanopi FAMA, Trak Makanan dan jualan Boot Kereta, dengan pelbagai aktiviti lain diadakan untuk semua.

8. Lawas ASEAN Floating Market Festival (28-30 Jun, Lawas)

Festival Pasar Terapung ASEAN Lawas adalah platform pelancongan untuk mempamerkan dan mempamerkan produk tempatan dari Asia Tenggara. Selain itu, program ini akan melibatkan beberapa negara ASEAN dan pelaksanaannya adalah berdasarkan konsep penjualan produk tempatan di atas bot.

9. Sibu Craftweek (28 Jun- 7 July, Wisma Sanyan Sibu)

Acara sepuluh hari ini mempromosikan pelbagai produk kraftangan Sarawak dan memberi peluang kepada pengeluar untuk mempamer dan menjual produk mereka.

image is not available

10. StyloFest Malaysia (28 – 30 June 2024, Bintulu)

Terdapat satu event untuk anda berkunjung di Bintulu, dimana anda boleh berjumpa pelbagai artis terkenal tanah air dan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan di sini. Ada bermacam macam booth jualan dari selebriti- selebriti ternama, ada open zumba /pertandingan aerobathon/ queen of kebaya adult & child.

11. Festival Seni Warisan Budaya (25 – 30 June 2024, Samarahan)

Pelbagai aktiviti seni & kebudayaan diadakan seperti pertandingan Bermukun Gendang Melayu (Nopeng), Tarian Kebudayaan Kaum dan Etnik,Kumang Gawai, Layang-Layang(Wau), Karoke lagu asli irama Malaysia dan lagu Iban,Seni Silat dan tempur,Pakaian Tradisional Budaya dan Suku Kaum,Fesyen Show kanak-kanak serta Mewarna.

12. Sarawak Choral Festival (21 – 23 June 2024, Kuching)

Acara ini menampilkan persembahan yang diadili oleh koir yang mengambil bahagian, bengkel koir, kelas induk, dan persembahan koir awam.

13. Gedong Agrofest (10-12 Jun 2024, Gedong)

Pelbagai pameran, jualan & aktiviti menarik menanti anda. Antaranya pengunjung bertuah, meneka berat ikan Empurau, teka jumlah anak ikan dalam Akuarium, aktiviti menangkap anak ikan dalam tangki, pertandingan mengupas kelapa tua, mengupas nanas, mengubah tembikai dan macam-macam ada.

14. Dancing Queen Concert (23 June 2024, Kuching)

Konsert tribute untuk ABBA & QUEEN melibatkan dua daripada kumpulan terkenal di dunia Killer Queen dan ABBORN akan dipentaskan hanya di Kuching.

15. Mixtape Vol. 1 (8 June 2024, Kuching)

Mereka telah mengumpulkan pelbagai pemuzik untuk menyertai Mixtape pertama (Vol 1) sempena Hari Gig Kebangsaan Happening pada 8 Jun 2024 di Haus KCH.

16. Animaxtoys Vol. 8 (28 June – 30 June 2024, Kuching)

Jika anda peminat Anime dan mencari aktiviti berkaitan anime untuk dilakukan sebelum cuti Gawai, ada satu acara yang boleh anda hadiri hujung bulan ini.

17. 1st Miri International Pedigreed Cat Show (22 – 23 June 2024, Miri)

Acara ini pasti menarik minat pencinta kucing dari seluruh dunia. Diadakan buat pertama kali di Miri, pameran ini akan menampilkan pelbagai jenis kucing berbaka tulen yang cantik dan unik. Selain pertandingan kucing, terdapat juga gerai pameran dan jualan barangan haiwan peliharaan serta sesi informasi mengenai penjagaan kucing.

18. Camping Healing Market (14-16 Jun 2024, Sarawak Cultural Village)

Jika anda tercari-cari tempat mengadakan carboot sale, boleh lah usha di Sarawak Cultural Village. Berjual sambil layan tenang di pantai pergh.

Lagi acara-acara menarik yang akan datang dalam bulan Jun ini, akan kami update di sini tauu!

Baca juga artikel menarik di bawah: