Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Mei 2024 Di Sabah

3 May 2024 • 5:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini antara senarai acara menarik pada bulan Mei di Sabah

Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Mei 2024 Di Sabah. Bulan Mei 2024 bakal menjadi bulan yang penuh dengan acara-acara menarik di negeri Sabah terutama sekali acara Kaamatan. Bagi penduduk tempatan dan pelancong yang ingin menikmati pelbagai aktiviti dan perayaan yang mencerminkan keunikan budaya dan tradisi masyarakat di negeri ini, terdapat banyak pilihan menarik sepanjang bulan ini.

Acara-acara tersebut bukan sahaja mampu menyegarkan semula minda dan jiwa, tetapi juga menawarkan pengalaman berharga untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah.

1. Pop-Up Bazaar

image is not available
Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Mei 2024 Di Sabah

Jangan lupa untuk menghadiri acara Pop-Up Bazaar yang akan diadakan di Pekan Tanjung Aru pada bulan Mei ini.

Sekiranya anda berasa jemu di rumah dan ingin keluar, anda boleh datang ke Pop-Up Bazaar ini nanti, kerana ia terletak berdekatan dengan Tanjung Aru. Selepas anda menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang indah di Tanjung Aru, anda boleh singgah di sini terus.

Maklumat penting

Tempat: Pop-Up Bazaar Pekan Tanjung Aru
Tarikh: 3 Mei – 5 Mei 2024
Waktu: 5 petang – 10 malam

2. CP Voice Up! Kaamatan

image is not available

Tinggal beberapa hari sahaja sebelum sesi ujian bakat untuk CP Voice Up! Kaamatan Singing Contest 2024 berlangsung. Pertandingan menyanyi yang mengujakan ini membuka peluang kepada bakal penyanyi baharu untuk menonjolkan bakat mereka di pentas yang berprestij.

Pemenang istimewa bagi CP Voice Up! Kaamatan Singing Contest 2024 akan berpeluang untuk merakamkan single bersama kumpulan muzik terkenal, PUSAKAG.

Maklumat penting

Tempat: Centre Point Sabah
Tarikh: 3 Mei 2024 (preliminary) & 19 Mei 2024 (Final)
Waktu: 3 Mei (11:00am) & 5 Mei (12:00pm)

3. LikeFest Kaamatan

image is not available

Karnival LikeFest Kaamatan semakin menghampiri! Jangan lupa untuk hadir beramai-ramai ke LikeFest Kaamatan 2024 yang akan berlangsung pada hujung bulan Mei ini.

Jangan lepaskan peluang ini, mari datang bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan anda ke LikeFest Kaamatan 2024 dan temui pelbagai artis hebat di sana. Apa lagi yang ditunggu? Mari kita serbu Tawau bersama-sama!

Maklumat penting

Tarikh: 30 Mei 2024 – 2 Jun 2024
Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah malam
Lokasi: Kompleks Sukan Tawau, Sabah

4. ACE Malaysia Tour Borneo Series

image is not available

Kali ini, Ace Malaysia Tour Borneo Series akan menemui peminat-peminat sukan lasak di Sabah. ACE Malaysia Tour Borneo Series akan berlangsung pada 11 hingga 12 Mei 2024 di Kompleks Sukan Sandakan, Sabah.

Acara lasak ini terbuka kepada peserta lelaki dan wanita. Yuran penyertaan ditetapkan pada RM250 untuk setiap peserta. Oleh itu, jika anda berminat untuk menyertai acara ini, jangan berlengah lagi untuk mendaftar segera sebelum kehabisan tempat!

Maklumat penting

Tarikh: 11 Mei 2024 – 12 Mei 2024
Lokasi: Kompleks Sukan Sandakan, Sabah

5. LABS Labuan BIG Show 2.0

image is not available

Dari 3 hingga 5 Mei 2024 di Dataran Labuan, orang ramai berpeluang untuk merasai pengalaman istimewa buat julung kali belon udara berbentuk “Little Pirates” akan menghiasi panorama langit Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain menyaksikan keindahan belon udara panas istimewa ini, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik lain seperti persembahan muzik, seni dan budaya, aktiviti “Balloon Glow” dan “Cold Inflation Experience” melibatkan belon udara panas, sesi healing di lapangan terbuka, pesta makan, pocket show dan banyak lagi aktiviti meriah.

Maklumat penting

Tarikh: 3 Mei 2024 – 5 Mei 2024
Lokasi: Dataran Labuan

6. Buvazoi Tavantang Kaamatan

image is not available

Bagi anda yang menggemari budaya dan adat resam masyarakat Kadazandusun, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Pertandingan Buvazoi Tavantang Kaamatan (MRK) Peringkat Negeri pada 28 Mei 2024 ini. Acara yang penuh dengan warna-warni kebudayaan ini akan berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan KDCA.

Tiket untuk menyaksikan acara ini hanya berharga RM15 sahaja. Harga yang sangat berpatutan untuk anda memberikan sokongan kepada peserta kegemaran anda di pentas akhir MRK 2024 ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang mengagumkan ini secara langsung.

Maklumat penting

Tarikh: 28 Mei 2024
Masa: 10:00am – 6:00pm
Lokasi: Dewan Hongkod Koisaan KDCA

7. Petron Pesta Kaamatan

image is not available

Bagi anda yang ingin merasai kemeriahan pesta menuai tradisional masyarakat Kadazandusun, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyertai Pesta Kaamatan & Hari Penghargaan Pelanggan yang akan diadakan di Petron Minintod, Penampang pada 30 Mei 2024 ini.

Acara yang dijanjikan penuh dengan aktiviti menyeronokkan ini bakal berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang. Untuk menghiburkan para tetamu, pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang acara berlangsung. Antara yang menarik adalah sesi lukisan muka, tatoo pelekat, badut dan pengukir belon yang pasti menggembirakan hati kanak-kanak. Selain itu, dua pertandingan menarik turut diadakan iaitu gusti lengan dan pertandingan membuat gelang manik.

Jangan risau kerana kemasukan ke acara ini adalah percuma! Jemputlah rakan dan keluarga anda untuk turut serta meraikan kemeriahan Pesta Kaamatan & Hari Penghargaan Pelanggan di Petron Minintod.

Maklumat penting

Tarikh: 30 Mei 2024
Masa: 10:00am – 2:00pm
Lokasi: Petron Minintod Penampang, Kota Kinabalu

Sepanjang bulan Mei 2024, Sabah mengadakan pelbagai acara menarik yang meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakatnya. Daripada pertandingan dan perayaan tradisional, hinggalah kepada karnival dan bazaar, terdapat pelbagai pilihan untuk memenuhi kehendak setiap lapisan masyarakat.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara-acara ini dan menikmati pengalaman yang istimewa di samping menghayati keunikan Sabah yang kaya dengan khazanah budayanya. Setiap acara pasti akan membawa kenangan yang tidak ternilai dan merapatkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat di negeri ini.