Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Mei 2024 Di Sarawak

1 May 2024 • 7:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masukkan dalam bucketlist korang tauu! Sekali sekala roadtrip apa salahnya

Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Mei 2024 Di Sarawak. Dah masuk bulan Mei ni, mesti ramai yang tengah cari apa je event-event yang menarik sepanjang bulan ini di Sarawak.

Berikut adalah senarai event menarik yang patut anda sertai untuk memeriahkan bulan ini:

image is not available

1. Samarahan Food and Cultural Festival (10-19 Mei 2024, Aiman Mall)

Pada tahun ini, Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan bermatlamat untuk mempamerkan pelbagai jenis ‘ulam’ (sayur-sayuran mentah) dan menetapkan rekod tersebut di dalam Malaysia Book of Record.

image is not available

2. Marathon HSL (11 & 12 Mei 2024, La Promenade Samarahan)

Untuk anda yang ingin menggayakan hidup sihat, boleh turut serta dalam acara menarik Marathon HSL yang bertempatkan di La Promenade, Samarahan. Hadiah pun sangat besar jumlahnya yaaa!

3. Harvest Fusion Festival (18-31 Mei 2024, La Promenade Samarahan)

Yang dinanti-nantikan buat orang Borneo pada bulan ini adalah Hari Gawai, betul tak? Haa.. memang tak sah kalau tak ada festival menarik yang bakal diadakan sempena perayaan ini. Mulai 18 hingga 31 Mei ini akan ada Festival Harvest Fusion di La Promenade Mall.

4. Gawai Bazar (1-12 Mei 2024, Aeroville Mall Kuching)

Festival ada, bazar pun kenalah ada Korang yang nak singgah cari barang best untuk Gawai ni, bolehlah singgah ke Gawai Bazar bertempatkan di Aeroville Mall mulai 1 hingga 12 Mei ini tauu!

5. Kapit Dayak Cultural Festival (5-11 Mei 2024, Kapit Town Square)

Festival tahunan anjuran Pejabat Daerah Kapit untuk mempromosikan budaya dan adat Dayak, makanan dan minuman tradisional dan juga tarian Tradisional Dayak.

6. Roban Food Festival (10-26 Mei 2024, Pekan Lama & Baru Roban Betong)

Perayaan ini merupakan acara kebudayaan yang menggabungkan sukan komuniti, Mini Regatta, jualan makanan tempatan dan pameran kraftangan yang antara lain menampilkan replika rumah tradisional Iban.

Ia adalah platform untuk mempamerkan dan mempromosikan tradisi, kemahiran dan citarasa yang kaya yang menentukan identiti budaya masyarakat Iban.

7. World Boxing Confederation (WBC) Championship (11 Mei 2024, Indoor Stadium, Petra Jaya)

Dua belas negara mengesahkan penyertaan mereka dalam Kejohanan Tinju Dunia (WBC) yang akan diadakan buat pertama kali di Malaysia di Stadium Serbaguna Petra Jaya di sini bulan depan.

Antara negara yang turut serta ialah Jepun, Kazakhstan, UK, Australia, Myanmar, India, Thailand, Perancis, Filipina, Singapura, Brazil dan tuan rumah Malaysia.

image is not available

8. Badadun Festival & Buffalo Racing (17-19 Mei 2024, Kampung Lubok Piasau, Limbang)

Pesta Badadun dan Lumba Kerbau merangkumi seni dan budaya masyarakat Melayu Limbang, menampilkan persembahan kebudayaan, aktiviti sukan, Lumba Kerbau, dan Pertandingan ‘Keceriaan Sulap’.

9. Ulang Tahun Ke-19 Bandaraya Miri (20 Mei 2024, Miri City Hall)

Hari Bandaraya Miri, memperingati pencapaian status bandar pada 20 Mei 2005, disambut setiap tahun oleh Majlis Bandaraya Miri. Sempena ulang tahun ke-19 Miri sebagai sebuah bandar raya, pelbagai program dan acara dianjurkan untuk menandakan peristiwa penting ini.

10. Samarahan Bike Challenge (26 Mei 2024, Summer Mall Samarahan)

Samarahan Bike Challenge memasuki edisi kelapannya dan akan mengubah venue itu menjadi sarang aktiviti, dengan penunggang basikal dari seluruh negara dan luar negara berbasikal menuju kemenangan. Terdapat juga aktiviti sampingan untuk memeriahkan majlis.

image is not available

11. Irau Aco Lun Bawang (30 Mei-1 Jun 2024, Stadium Lawas)

Pesta Kebudayaan Tahunan diadakan sempena musim menuai bagi masyarakat asli Lun Bawang. Ia adalah perayaan budaya dan warisan yang berwarna-warni, menampilkan pelbagai aktiviti seperti sukan moden dan tradisional, muzik, persembahan, dan bazar seni dan kraf.

12. Tanjung Manis Fishing Safari (5 Mei 2024, Tanjung Manis New Township Express Terminal)

Safari Memancing Tanjung Manis telah diadakan setiap tahun sejak tahun 2004. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk mempromosikan Tanjung Manis sebagai destinasi eko-pelancongan khususnya untuk aktiviti memancing. Kawasan pertandingan merentangi perairan dari Kuala Rajang hingga Tanjung Sirik.

13. Cat City Bike Week (24-26 Mei 2024, MJC Pines Square Batu Kawa)

Terdapat pelbagai aktiviti seperti pelancaran motosikal, majlis, cabutan hadiah, perlumbaan mini, pertunjukan motosikal, jualan makanan dan minuman, dan banyak lagi aktiviti menarik!

Dan yang bestnya, event ini orang Brunei dan Indonesia pun ikut join!

image is not available

14. Kuching Auto Rad Show (4 Mei 2024, Plaza Merdeka Kuching)

Tadi tentang motor, event ni pulak khas untuk yang minat kereta Event ni bukan setakat orang Kuching je yang pergi yaa, orang luar negara pun ada yang join.

image is not available

Lagi event yang best-best bulan Mei ni akan kami update dalam artikel ni tauu!