Ini Senarai Event Menarik Di Kuching Bulan Januari 2024

8 Jan 2024 • 1:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ada banyak event menarik bulan ni

Ini Senarai Event Menarik Di Kuching Bulan Januari 2024. Jika anda sedang mencari aktiviti menarik untuk mengisi masa lapang anda di Kuching pada bulan Januari 2024, anda boleh lihat senarai event yang kami kongsikan di bawah.

Dari aktiviti bersama artis popular tempatan hingga konsert tribute, anda pasti akan menemui sesuatu yang sesuai dengan minat dan bajet anda.

image is not available
Ini Senarai Event Menarik Di Kuching Bulan Januari 2024

1. Cats Day Out

Tarikh: 13 Januari 2024, Jumaat

CATS FM mengadakan “CATS DAY OUT NEW YEAR 2024”, sebuah acara istimewa untuk menyambut tahun baru. Acara ini akan menampilkan barisan artis yang akan menghibur pengunjung dengan penampilan mereka yang memukau.

Dan yang penting, masuk adalah percuma!

Lokasi

Tarikh & Masa

Barisan Artis

The Hills Kuching, Jalan Bukit Mata Kuching

Tarikh: 13 Januari 2024

Masa: 12.00 pm hingga 7.00 malam

image is not available

2. Atas Angin Tour Kuching

Tarikh: 20 Januari 2024, Sabtu, 8 malam

Atas Angin kini mengadakan tour di Kuching, Sarawak buat pertama kalinya. Pada kali ini, Atas Angin akan menganjurkan 2 genre konsert yang berbeza untuk orang ramai iaitu Atas Angin Tour dan Only Jiwang Jiwang Club (akan kami beritahu in detail di bawah).

Lokasi

Tarikh & Masa

Tiket

Band Lineup

Appleseeds, 2nd floor, lot 397 Section 11 KTLD, Satok, 93400 Kuching

Tarikh: 20 January 2024

Masa: 8.00 pm – 11.00 pm

RM45 (ahli)
RM55 (bukan ahli)
*harga tiket tidak termasuk yuran proses pembelian RM5

Laman Web Tiket Rasmi: www.atasangin.com

  1. At Adau

  1. Retreo
  2. Drasska
  3. Secret Signal
  4. Automatic The Remote

image is not available

3. Only Jiwang Jiwang Club Kuching

Tarikh: 21 Januari 2024, Ahad, 8 pm

Haa.. ini khas untuk orang Kuching yang suka jiwang-jiwang ni. Event ini juga dianjurkan oleh Atas Angin, bersama Atas Angin Tour. 2 acara ini akan berlangsung pada hujung minggu ke-3 Januari di Appleseeds, Kuching.

Lokasi

Tarikh & Masa

Tiket

Appleseeds, 2nd floor, lot 397 Section 11 KTLD, Satok, 93400 Kuching

Tarikh: 21 January 2024

Masa: 8.00 pm – 11.00 pm

RM45 (ahli)
RM55 (bukan ahli)
*harga tiket tidak termasuk yuran proses pembelian RM5

Laman Web Tiket Rasmi: www.atasangin.com

4. Linkin’ Park Tribute

Tarikh: 27 Januari 2024, Sabtu, 7 malam hingga 11 malam

image is not available

Khas buat peminat muzik rock, acara ini diadakan sebagai penghormatan kepada kumpulan rock ikonik, Linkin Park, yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak. Acara ini bakal diadakan pada 27 Januari 2024 ini, boleh tempah tiket anda di bawah:

Lokasi

Tarikh & Masa

Tiket

Gates of Heaven, Lot 9682, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching

Tarikh: 27 January 2024

Masa: 7.00 pm – 11.00 pm

Early bird: RM40

Standard: RM50

Door sales (walk-in) : RM60

5. Jom Heboh

Tarikh: 26 hingga 28 Januari 2024, Jumaat hingga Ahad, 9 pagi

Warga Kuching, persiapkan diri anda! Kuching akan diserikan dengan kehadiran acara tahunan yang dinantikan banyak, iaitu “Karnival Jom Heboh”. Kali terakhir karnival ini diadakan di Sarawak adalah pada tahun 2011, menjadikan edisi kali ini sangat dinantikan oleh ramai.

Lokasi

Tarikh & Masa

Info

Dataran Perayaan Petrajaya, 93050 Kuching

Tarikh: 26 – 28 January 2024

Masa: mula 9.00 pagi

image is not available

image is not available

Lagi artikel yang menarik, anda boleh baca di bawah:

https://www.iloveborneo.my/permata-pugu-camping-site-port-berkhemah/

https://www.iloveborneo.my/sungai-merabung-trek-jurasik-lahad-datu-sabah/