
Ini pula senarai kaunter untuk kemaskini PADU di Sabah
Ini Senarai Kaunter Fizikal PADU Di Sabah. PADU adalah platform digital yang membolehkan rakyat Malaysia menguruskan pelbagai perkhidmatan kerajaan secara atas talian.
PADU juga memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program dan inisiatif kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan negara.

Dapatkan bantuan di kaunter fizikal PADU yang terdapat di seluruh negeri.
Salah satu syarat untuk menggunakan PADU adalah melalui proses eKYC, iaitu pengesahan identiti pengguna secara elektronik. Bagi mereka yang menghadapi masalah eKYC, anda boleh mendapatkan bantuan di kaunter fizikal PADU yang terdapat di seluruh negeri.
Di Sabah, terdapat beberapa lokasi kaunter fizikal PADU yang boleh anda kunjungi untuk sebarang pertanyaan atau kemaskini. Lihat senarai di bawah:
Daerah Lokasi Kaunter Tarikh Kota Kinabalu Pejabat DOSM Negeri
Blok A, KPKPS
UTC Kota Kinabalu
PEDi Kg. Muhibbah, Putatan
PEDi Kg. Kopimpinan, Putatan
Pusat Membeli Belah Imago
Pusat Membeli Belah Centre Point2 Januari – 29 Mac
2-5 Januari 2024
2-7 Januari 2024
2-7 Januari 2024
2-7 Januari 2024
5-7 Januari 2024
5-7 Januari 2024Sandakan Pejabat Operasi Sandakan
Lobi Wisma Persekutuan Sandakan
MyDIN Sandakan
BATARAS, Bt. 6
PEDi PPR Sri Mesra
PEDi Pekan Batu Sapi2 Januari – 29 Mac
2 & 4 Januari
5-7 Januari 2024
5-7 Januari 2024
2-7 Januari 2024
2-7 Januari 2024Tawau Pejabat Operasi Tawau
Wisma Persekutuan Tawau
Mini UTC Tawau
PEDi PPR Sri Titingan
PEDi PPR Sri Semarak2 Januari – 29 Mac
2-5 Januari 2024
5-7 Januari 2024
3 Januari 2024
4 Januari 2024Keningau Pejabat Operasi Keningau
UTC Keningau
PEDiPPR Taman Sabana2 Januari – 29 Mac
2-7 Januari 2024
2-7 Januari 2024Lahad Datu Pejabat Operasi Lahad Datu
Pejabat Daerah Lahad Datu
PEDi Kg. Sepagaya2 Januari – 29 Mac
2-5 Januari 2024
2-7 Januari 2024Kota Marudu Pejabat Operasi Kota Marudu
Pejabat Daerah Kota Marudu
Majlis Daerah Kota Marudu
PEDi Kg. Ranau2 Januari – 29 Mac
2 & 3 Januari
4 & 5 Januari
2-7 Januari 2024
Anda boleh melihat senarai kaunter fizikal PADU Sabah di laman web www.padu.gov.my/hubungi/lokasi dan klik butang “Senarai Kaunter PADU”.
Kaunter fizikal PADU Sabah beroperasi pada waktu pejabat dan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.


