Ini Senarai Lapan Bandar Paling Sesak Di Malaysia 2024

LocalCars
20 Jan 2025 • 6:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ini Senarai Lapan Bandar Paling Sesak Di Malaysia 2024

Apabila membincangkan kesesakan trafik di Malaysia, ramai pasti membayangkan Kuala Lumpur sebagai “juara” utama.

Namun, laporan terbaru menunjukkan hasil yang sangat ‘mengejutkan’.

Berdasarkan laporan tahunan TomTom Traffic Index 2024, sebuah laporan tahunan oleh syarikat teknologi navigasi TomTom, George Town telah merekodkan tahap kesesakan tertinggi di Malaysia.

Statistik menunjukkan pemandu di George Town mengambil masa purata 26 minit 36 saat untuk perjalanan sejauh 10 kilometer, dengan kadar kesesakan sebanyak 40 peratus.

Ini menjadikan George Town bukan sahaja bandar paling sesak di Malaysia tetapi juga menduduki tempat ke-73 dalam senarai bandar paling sesak di dunia.

Kuala Lumpur bukan lagi ‘Top 3’

Lebih menarik, Kota Bharu di Kelantan mencatat masa purata 22 minit 30 saat untuk jarak yang sama, menjadikannya bandar kedua paling sesak di Malaysia.

Kuala Lumpur pula, yang sering dikaitkan dengan kesesakan ‘parah’, berada di tangga kelima dengan masa purata 17 minit 26 saat dan kadar kesesakan sebanyak 28 peratus.

Dalam pada itu, berikut adalah senarai lapan bandar paling sesak di Malaysia tahun 2024:

1. George Town, Pulau Pinang

  • Kedudukan Dunia: 73
  • Masa Perjalanan 10km: 26 minit 36 saat
  • Kadar Kesesakan: 40%

2. Kota Bharu, Kelantan

  • Kedudukan Dunia: 139
  • Masa Perjalanan 10km: 22 minit 30 saat
  • Kadar Kesesakan: 34%

3. Ipoh, Perak

  • Kedudukan Dunia: 164
  • Masa Perjalanan 10km: 20 minit 15 saat
  • Kadar Kesesakan: 31%

4. Johor Bahru, Johor

  • Kedudukan Dunia: 215
  • Masa Perjalanan 10km: 19 minit 50 saat
  • Kadar Kesesakan: 29%

5. Kuala Lumpur

  • Kedudukan Dunia: 285
  • Masa Perjalanan 10km: 17 minit 26 saat
  • Kadar Kesesakan: 28%

6. Seberang Perai, Pulau Pinang

  • Kedudukan Dunia: 385
  • Masa Perjalanan 10km: 15 minit 42 saat
  • Kadar Kesesakan: 24%

7. Klang, Selangor

  • Kedudukan Dunia: 421
  • Masa Perjalanan 10km: 14 minit 50 saat
  • Kadar Kesesakan: 22%

8. Kajang, Selangor

  • Kedudukan Dunia: 437
  • Masa Perjalanan 10km: 13 minit 35 saat
  • Kadar Kesesakan: 21%