
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setibanya kita di hujung tahun, mesti ramai yang mula melakukan pelbagai perbelanjaan bagi tujuan mendapatkan pelepasan cukai maksimum.
Kalau tak buat, rugi pula tak dapat semula pulangan cukai pendapatan yang telah dibayar secara bulanan sepanjang tahun ini.
Tapi bukan semua jenis perbelanjaan boleh menerima pelepasan cukai dan setiap yang dibenarkan pula mempunyai had yang ditetapkan.
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2025: Ini Senarai Pelepasan Cukai Individu Yang Diumumkan PM
Baca Artikel Berkaitan: Masih Ada Yang Keliru, Ini Jumlah Gaji Bulanan Yang Layak Dikenakan Cukai Pendapatan
Baca Artikel Berkaitan: Dah Potong PCB Tapi Tak Fail Cukai Pendapatan? Anda Mungkin Berdepan Potongan CP38 [Video]
Jenis Pelepasan Cukai LHDN & Had Amaun
Baru-baru ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah pun mengeluarkan senarai pelepasan cukai individu bermastautin bagi taksiran tahun 2025.
Berdasarkan laman web LHDN, kami kongsikan jenis pelepasan cukai individu yang dibenarkan serta amaun dan had yang ditetapkan.
Potongan Cukai Bagi Perbelanjaan Individu
Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap individu menerima amaun RM9,000 yang layak menerima pelepasan cukai.
Malah bagi tahun taksiran 2025, kerajaan turut merangkumkan pelepasan cukai bagi pembelian rumah pertama.
Berikut merupakan potongan cukai individu yang boleh diterima:
NOTA: Swipe ke kiri untuk melihat jadual penuh.
| Jenis Potongan | Amaun |
| Individu dan saudara tanggungan | RM9,000 |
| Individu kurang upaya | RM7,000 |
| Yuran pengajian: • Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah – Bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi • Peringkat sarjana atau doktor falsafah – Sebarang bidang atau kursus pengajian • Kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM2,000) | RM7,000 (terhad) |
| Suami/ Isteri/ Bayaran alimoni kepada bekas isteri | RM4,000 (terhad) |
| Suami/ Isteri kurang upaya | RM6,000 |
| Insurans nyawa dan KWSP Kategori penjawat awam skim berpencen, selain penjawat awam skim berpencen dan bekerja sendiri: • Caruman wajib kepada skim yang diluluskan atau caruman sukarela kepada KWSP (tidak termasuk skim persaraan swasta) atau caruman di bawah mana-mana undang-undang bertulis (Terhad RM4,000) • Bayaran premium insurans hayat atau sumbangan takaful keluarga atau caruman sukarela tambahan kepada KWSP (Terhad RM3,000) | RM7,000 (terhad) |
| Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity) | RM3,000 (terhad) |
| Insurans pendidikan dan perubatan | RM4,000 (terhad) |
| Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 | RM350 (terhad) |
| Pembayaran faedah pinjaman perumahan bagi pemilikan rumah pertama (Perjanjian jual beli mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027) Had Pelepasan: • Harga rumah kediaman sehingga RM500,000; atau • Harga rumah kediaman melebihi RM500,000 sehingga RM750,000 | RM7,000 RM5,000 |

Potongan Cukai Bagi Perbelanjaan Ke Atas Anak
Individu yang mempunyai anak pula dapat menikmati potongan cukai yang lebih banyak, termasuklah potongan RM2,000 bagi setiap anak bawah umur 18 tahun dan RM8,000 bagi anak kurang upaya (OKU).
Kerajaan juga memberikan pelepasan tambahan bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas yang belum berkahwin dan mengikuti peringkat pendidikan tertiari yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.
Yuran taska atau tadika anak berumur 6 tahun ke bawah juga boleh menerima potongan cukai tertakluk kepada had perbelanjaan RM3,000.
Berikut merupakan potongan cukai yang boleh diterima bagi perbelanjaan ke atas anak:
NOTA: Swipe ke kiri untuk melihat jadual penuh.
| Jenis Potongan | Amaun |
| Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan diri sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan ke bawah (Potongan dibenarkan sekali dalam setiap dua (2) tahun taksiran) | RM1,000 (terhad) |
| Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak/ tadika yang berdaftar | RM3,000 (terhad) |
| Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2023 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2023) | RM8,000 (terhad) |
| Anak di bawah umur 18 tahun | RM2,000 |
| Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) | RM2,000 |
| Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: • Mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi/ pra-ijazah/ A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau • Berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau • Mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia. • Kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | RM8,000 |
| Anak Kurang Upaya | RM8,000 |
| Pelepasan tambahan bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | RM8,000 |

Potongan Cukai Bagi Perbelanjaan Kesihatan
Kesihatan juga turut diberi perhatian lebih apabila individu boleh menerima potongan cukai bagi perbelanjaan ke atas diri sendiri, pasangan atau anak.
Malah mereka yang menanggung perbelanjaan perubatan bagi ibu bapa dan datuk nenek juga boleh menikmati potongan cukai tertakluk kepada had RM8,000.
Berikut merupakan potongan cukai yang boleh diterima bagi perbelanjaan penjagaan kesihatan:
NOTA: Swipe ke kiri untuk melihat jadual penuh.
| Jenis Potongan | Amaun |
| Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami/ isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya | RM6,000 (terhad) |
| Perbelanjaan untuk ibu bapa dan datuk nenek : • Rawatan perubatan, pergigian, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) • Pemeriksaan perubatan penuh (Terhad RM1,000) | RM8,000 (terhad) |
| Perbelanjaan perubatan bagi: • Penyakit serius ke atas diri sendiri, suami/ isteri atau anak • Rawatan kesuburan ke atas diri sendiri atau suami/ isteri • Pemvaksinan ke atas diri sendiri, suami/ isteri atau anak (Terhad RM1,000) • Pemeriksaan dan rawatan pergigian (Terhad RM1,000) Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi: • Pemeriksaan perubatan penuh ke atas diri sendiri, suami/ isteri atau anak • Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami/ isteri atau anak • Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami/ isteri atau anak • Pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan kendiri • Fi bayaran ujian pengesanan penyakit Perbelanjaan (Terhad RM6,000) ke atas anak berumur 18 tahun dan ke bawah bagi: • Penilaian untuk tujuan diagnosis kurang upaya pembelajaran • Program intervensi awal atau rawatan pemulihan kurang upaya pembelajaran | RM10,000 (terhad) |

View this post on Instagram
Potongan Cukai Bagi Perbelanjaan Gaya Hidup
Bagi kategori gaya hidup pula, perbelanjaan sehingga RM2,500 layak menerima potongan cukai.
Tahun taksiran 2025 juga menyatakan kategori khas bagi sukan yang terhad kepada belanja RM1,000. Namun tuntutan bagi peralatan sukan hanya dibenarkan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997.
View this post on Instagram
Berikut merupakan potongan cukai yang boleh diterima bagi perbelanjaan gaya hidup:
NOTA: Swipe ke kiri untuk melihat jadual penuh.
| Jenis Potongan | Amaun |
| Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan/ manfaat diri sendiri, suami/ isteri atau anak bagi: • Pembelian atau langganan buku/ jurnal/ majalah/ surat khabar/ lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang) • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan) • Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri) • Yuran kursus peningkatan kemahiran/ kemajuan diri | RM2,500 (terhad) |
| Sukan – Pelepasan tambahan untuk kegunaan/ manfaat diri sendiri, suami/ isteri, anak dan ibu bapa bagi: • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 • Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan • Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 • Fi keahlian gymnasium/ latihan sukan | RM1,000 (terhad) |
| Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik dan mesin kompos sisa makanan domestik (Bukan untuk kegunaan perniagaan) | RM2,500 (terhad) |
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Kongsi Cara Bayar Zakat Pendapatan & Kiraan Yang Tepat
Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Kongsi Cara Untuk Sekolah Mohon Kelulusan TSUWAS, Penderma Akan Dapat Potongan Cukai
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Sebab Kenapa Anda Akan Dihubungi LHDNM Walaupun Dah Buat e-Filing
