Ini senarai pusat servis bertauliah untuk Nothing Phone (1) anda

3 Aug 2022 • 9:41 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Telefon paling hype sejak kebelakangan ini, Nothing Phone (1) dijual di Malaysia pada harga bermula RM2,399. Sebagai jenama yang baru saja bertunas di Malaysia, sudah tentu pengguna awalnya risau akan servis selepas pembelian yang ditawarkan pengeluar telefon ini untuk pasaran tempatan.

image is not available

Nothing Malaysia telah menyenaraikan pusat-pusat servis bertauliah di laman rasmi mereka sekiranya anda ingin menghantar set Nothing Phone (1) anda untuk tuntutan jaminan ataupun sebarang permasalahan dengan produk mereka. Berikut adalah 7 lokasi tempat anda boleh mendapatkan servis:

  • Kuala Lumpur Zitron Central: 11th Floor, Office Tower, Menara Cosway, Plaza Berjaya, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
  • George Town Zitron Penang: 2A, 1ST FLOOR, BROWN ROAD, 10350 PENANG
  • Ipoh Zitron Perak: 26A, PERSIARAN GREENTOWN 1, PUSAT PERDAGANGAN GREENTOWN,30450 IPOH, PERAK
  • Johor Bahru Zitron Johor: LEVEL 15A, MENARA PELANGI, NO.2, JALAN KUNING, TAMAN PELANGI, 80400 JOHOR BAHRU
  • Kota Kinabalu Zitron Sabah: SUITES E11,6TH FLOOR CPS TOWER, CENTRE POINT SABAH, NO1 JALAN CENTRE POINT, 88000 KOTA KINABALU,SABAH
  • Kuching Zitron Sarawak: 6TH FLOOR, WISMA NAIM LOT 3064, BLOCK 10,JALAN ROCK, 93200 KUCHING,SARAWAK
  • Kuantan Zitron Kuantan: LOT NO.11-4, B & C, TINGKAT 11, MENAR ZENITH, JALAN PUTRS SQUARE 6, 25200, KUANTAN, PAHANG

Kesemua lokasi pusat servis ini adalah yang dikelolakan oleh Zitron, selaku pengedar sah Nothing Phone (1) di Malaysia.

image is not available

Buat anda yang terlepas berita, Nothing Phone (1) adalah telefon pertama jenama itu. Produk pertama yang dilancarkan Nothing sejurus penubuhan adalah berupa earfon jenis putik Nothing Ear (1).

Phone (1) adalah sebuah telefon dengan paparan 6.55" 120Hz OLED FHD+. Atas papan utama, ia diperkasa cip Snapdragon 778G+ dengan spesifikasi tertinggi ada RAM 12GB dan storan 256GB. Ciri unik telefon ini adalah lampu LED di bahagian belakang yang dinamakan Glyph Interface.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang Nothing Phone (1) di sini.