Ini Stall Nasi Lemak Berlauk Anda Mesti Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan

31 Jan 2024 • 10:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Antara nasi lemak terbaik di Kuching. Serius.

Ini Stall Nasi Lemak Berlauk Anda Mesti Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan. Hidangan nasi lemak adalah sebuah hidangan nasional yang merangkumi zat lengkap seperti sayur-sayuran, protein, karbohidrat dan lemak. Tidak terkecuali juga masyarakat di Sarawak.

Mencari nasi lemak yang kena dengan selera memerlukan penerokaan. Dan kali ini, kami telah menemui sebuah stall nasi lemak yang boleh kami katakan rasanya di tahap 5 bintang!

image is not available
Ini Stall Nasi Lemak Berlauk Anda Mesti Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan.
Kredit: FB Ng Chee Khoon

Terletak di Coffee Talk Kopitiam di Jalan Song, Tabuan Laru Kuching, gerai nasi lemak ini mungkin nampak biasa-biasa sahaja, tapi sekali anda rasa, barulah anda tahu langit tinggi atau rendah. Hehe.

image is not available
Ini Stall Nasi Lemak Berlauk Anda Mesti Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan
Kredit: FB Perry Lim

Singapore Nasi Lemak, hidangan signature di Coffee Talk

Diberi nama Singapore Nasi Lemak, gerai ini menyajikan hidangan nasi lemak yang lazat. Malah, boleh kami katakan ianya adalah antara nasi lemak paling enak di Kuching dan dikenali dalam kalangan pelanggan setia sebagai hidangan signature di Coffee Talk.

Ciri utama yang membuatkan nasi ini berada di kelas yang cemerlang adalah tekstur nasinya yang berderai atau orang Sarawak memanggilnya dengan istilah ‘sepor’. Rasa lemak nasi yang cun, ditambah pula dengan keenakan sambal nasi lemak yang menepati selera. Tidak terlalu manis, seimbang dengan rasa pedas dan masin.

image is not available
Ini Stall Nasi Lemak Berlauk Anda Mesti Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan.
Kredit: FB Ng Chee Khoon

Kredit juga harus diberikan kepada tukang masak nasi ini kerana turut meletakkan telur mata sebagai pelengkap. Telur matanya juga sangat menggiurkan. Kerat tengah menggunakan garfu atau sudu, maka mengalirlah kuning telur separa masak ke serata nasi lemak, menambahkan rasa berkrim nasi anda.

Pelbagai pilihan lauk ayam sebagai pelengkap

Kelainan gerai ini juga adalah ia bukan setakat menyediakan nasi lemak dengan sambal biasa, tetapi juga menyediakan lauk pauk lain sebagai pelengkap tambahan!

Di sini, anda boleh memilih sama ada untuk memesan nasi lemak bersama ayam goreng, lauk ayam masak merah, rendang ayam, dan ayam kari. Papadom, ikan bilis goreng, kacang goreng dan timun mesti ada punya. Jangan risau!

image is not available
Ini Stall Nasi Lemak Berlauk Anda Mesti Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan.
Kredit: FB Madeline

Jika anda tidak berkesempatan untuk pergi ke kedai ini, nasi lemak ini juga tersedia di platform Grab dan Foodpanda. Taip sahaja “Singapore Nasi Lemak Coffee Talk” dan anda akan dapat melihat menu yang boleh anda pesan.

Gerai ini dibuka mengikut waktu operasi Coffee Talk Kopitiam iaitu seawal jam 8 pagi. Lokasi penuh gerai ini adalah seperti berikut:

Lokasi

Waktu Operasi

Coffee Talk Cafe, Lorong Setia Raja, Tabuan Desa Commercial Centre, 93350 Kuching, Sarawak

Selasa hingga Ahad (tutup Isnin), seawal jam 8 pagi

Kalau anda dah cuba, jangan lupa untuk tag kami dan beri komen, okay?

Lagi port nasi lemak yang boleh anda cuba di Kuching:

https://www.iloveborneo.my/suasana-tenang-sambil-menikmati-nasi-lemak-jom-sarapan-di-peanuts-anchovies-di-kuching/

https://www.iloveborneo.my/nikmati-nasi-lemak-sedap-dan-ais-krim-gula-apong-jom-singgah-ke-rumah-kopi-di-kuching/