“Ini sudah melampau Remy,” demikian kata lelaki yang dikenali sebagai Abang Long Black, susulan namanya dipetik oleh Remy Ampang berhubung pemberian hadiah utama Honda Day Malaysia 2024.
Menurut Black, dia tidak pernah membuat sebarang permintaan untuk meletakkan kereta Honda Accord SM4 itu dijadikan sebagai hadiah utama. Malah kesal dengan tindakan Remy Ampang yang mengheret dan memalukan namanya dalam hal ini.

“WhatsApp saya, kenapa tak reply? Bila masa saya suruh letak kereta ini jadi grand prize?
“Saya dekat Singapura transfer duit kereta. Semua awak yang setlekan. Last-last tuding jari pada saya.
“Lebih baik bersihkan nama saya sebelum saya mengambil tindakan undang-undang. Ini sudah dikira awak memalukan saya,” tegasnya.
Berdasarkan gambar tangkap layar yang dikongsikan, Remy Ampang yang memohon Black menaja sebuah kereta terpakai untuk dijadikan sebagai hadiah utama.



Terdahulu, penganjur acara Honda Day Malaysia 2024 dikecam teruk oleh netizen kerana memberi hadiah utama berbentuk sebuah kereta Honda Accord SM4 yang kelihatan kusam kepada pemenang cabutan bertuah.
The post ‘Ini sudah melampau!’ – Abang Long Black tuntut penjelasan Remy Ampang appeared first on The Reporter.

