'Ini tempat istirahat baharumu sayang' - Pengebumian Nadia Kesuma selesai, hantaran suami undang air mata, lebih 500 orang hadir solat jenazah

LocalFamily & Parenting
19 Jan 2026 • 1:28 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PROSES pengebumian pelakon Nadia Kesuma di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah selesai pada jam 7.35 pagi waktu tempatan.

Hantaran Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah selepas selesai menguruskan jenazah isterinya itu mengundang sebak.

Dalam hantaran tersebut, Muhammad Kamarul berkongsi foto pusara Allahyarham dan menyifatkan ia sebagai lokasi istirahat terakhir isterinya.

"Tempat peristirahatan baharumu, sayang. Alamatnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, Column 23, Baris 12, Blok 8, Dahaban New Cemetery, Jeddah, Arab Saudi.

"Secara rasmi 'berpindah' pada jam 7.35 pagi," titipnya.

Dengan penuh emosi, beliau meluahkan rasa duka terpaksa meninggalkan insan dicintaai, namun reda kerana percaya isterinya kini berada di tempat yang lebih bahagia. 

image is not available

Malah pensyarah Universiti Sains Malaysia itu menzahirkan janji akan kembali menziarahi pusara arwah.

"Saya terpaksa meninggalkanmu sekarang, sayang...dengan rasa sakit dan duka di hatiku. 

"Tetapi saya tahu awak berada di tempat yang lebih bahagia. Selamat tinggal. Saya dan anak-anak akan melawatmu tidak lama lagi, insya-ALLAH! Amin," kongsinya.

Sementara itu, anaknya menerusi akaun  @myyrraaa di laman sosial memaklumkan lebih 500 jemaah hadir untuk solat jenazah ibunya.

"Alhamdulillah ma, syukur pengakhiran mama sangat sempurna dan baik. Lebih 500 orang jemaah di tanah Jeddah yang solatkan dan mendoakan mama. Rakyat Malaysia pun ramai sangat yang mendoakan mama. 

image is not available

"Mama rehat di sana ya. Insya-ALLAH dengan doa orang ramai dan amal kebaikan di dunia, menjadi saham mama di akhirat. Alhamdulillah syukur.

"Insya-ALLAH kita berjumpa semula sekeluarga di syurga ya mama," titipnya.

Berita pemergian Nadia mengejutkan para peminat dunia seni tanah air selepas hilang di Jeddah. 

Terdahulu, pelakon Gerak Khas dan filem Syaitan Munafik,  gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Azizpada Khamis.

Difahamkan, Nadia menyertai pakej Umrah-London–Paris di bawah sebuah agensi pelancongan bersama 21 jemaah lain berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.48 pagi Selasa lalu.

Pemergian Allaharyam meninggalkan tiga cahaya mata berusia antara 11 hingga 15 tahun.

Sumber: Facebook, Threads

#nadiakesuma #hilang #jeddah #umrahziarah #sinarplus #lifestylesinarharian

Muzik: Itebloomr Tender Heart Instrumental (SoundStripe)">