
Baru-baru ini, tular di media sosial foto dan video memaparkan rakyat Indonesia yang melakukan protes menyerbu rumah Bekas Ahli Parlimen Indonesia, Ahmad Sahroni.
Dapat dilihat mereka merosakkan rumah termasuk mengambil barang-barang berharga di rumah berkenaan.
Polis sahkan laporan diterima
Terbaru, Harian Metro melaporkan Ahmad Sahroni bukan setakat kehilangan barang berharga, malah rumah dan keretanya juga rosak.
KONDISI RUMAH AHMAD SAHRONI #DPR #viral #fyp
Ahmad Sahroni melalui peguamnya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jakarta Utara pada malam Isnin, sebelum kes dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Metro Jaya untuk siasatan lanjut.
Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jakarta Utara, Asisten Superintendan Maryati Jonggi mengesahkan perkara itu.
5 individu disiasat

Menurutnya lagi, walaupun laporan baharu sahaja diterima, Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Metro Jakarta Utara sudah lebih awal memulakan siasatan.
Malah, lima individu telah dipanggil untuk disoal siasat berhubung kes tersebut, namun identiti mereka masih dirahsiakan.
Sahroni sebelum ini menjadi perhatian selepas kenyataannya mengenai desakan rakyat untuk membubarkan parlimen, yang disifatkannya sebagai satu kesilapan.
Malah pada 22 Ogos lalu, beliau pernah menggelar desakan itu sebagai ‘tolol’.
Pssttt! Belum selesai dengan isu protes, sekarang ada kes lain pula. Semoga Indonesia lekas pulih!
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

