Ini Tips Pilih Butter Yang Betul Agar Kek Menjadi Dan Sedap

26 Mar 2024 • 11:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Banyak Jenis Rupanya Butter Ni.

Ini Tips Pilih Butter Yang Betul Agar Kek Menjadi Dan Sedap. Anda pernah mengalami pembuatan kek yang tidak menjadi? Atau kek yang dibuat tidak seperti yang anda impikan? Mungkin anda perlu menyemak kembali bahan-bahan yang anda gunakan terutamanya pilihan butter anda. Jika anda tidak yakin butter yang anda gunakan adalah betul, teruskan pembacaan anda.

Bagi menghasilkan sebuah kek yang enak, kualiti butter yang digunakan adalah sangat penting. Ia bukan sahaja mempengaruhi rasa kek anda, malah ia juga mempengaruhi tekstur kek yang anda hasilkan. Ramai orang percaya bahawa lebih mahal butter yang digunakan, lebih enak kek yang dihasilkan.

Mungkin ada betulnya. Mengapa?

Jom ikuti perkongsian kaedah memilih butter daripada bebenang Twitter oleh Amirul Kalif Syde ini.

image is not available
Ini Tips Pilih Butter Yang Betul Agar Kek Menjadi Dan Sedap

Salted, Unsalted Butter Dan Ghee Sebenarnya Bukan Pure Butter

Menurut chef pastri ini, butter boleh dikategorikan kepada pelbagai jenis. Antaranya ialah normal butter seperti salted dan unsalted serta clarified butter seperti minyak sapi atau ghee.

Walau bagaimanapun, jika anda inginkan butter asli atau pure butter, kedua-dua jenis butter ini tidak termasuk dalam pure butter. Bahkan, ada sesetengah nya sebenarnya bukanlah butter, tetapi lebih kepada marjerin. Contohnya seperti jenama Buttercup yang menggunakan minyak kelapa sawit sebagai bahan pembuatan utamanya.

Tambahnya lagi, sesebuah butter hanya dipanggil pure butter sekiranya ia diperbuat daripada lemak tenusu dengan kandungan sebanyak 80%. Jika kurang daripada jumlah ini, maka butter tersebut hanyalah sekadar marjerin atau campuran butter dan marjerin.

image is not available

Pure Butter Lebih Mahal Daripada Butter Biasa

Disebabkan kualiti yang berbeza, maka sebab itulah harga butter di pasaran berbeza antara satu sama lain. Jika harga butter yang biasa anda gunakan lebih murah daripada jenama-jenama yang lain, semak bahan-bahannya. Pasti anda akan mendapati ia nya mempunyai perbezaan yang ketara dengan butter yang lebih mahal. Tidak hairanlah sekiranya seketul butter seberat 250g boleh mencecah harga sekitar RM 9 hingga belasan ringgit, bergantung jenama.

Namun begitu, normal butter boleh digunakan mengikut kesesuaian seperti dalam pembuatan biskut seperti tart nanas dan semperit kerana kurang rasa tenusu.

Bagi yang sudah mengetahui perbezaan ini, membeli butter yang berharga lebih mahal adalah satu pelaburan yang berbaloi berbanding melihat sebuah kek yang tidak menjadi dan kurang enak dimakan.

image is not available

Cara Bezakan Pure Butter Dan Butter Biasa

Untuk memudahkan misi anda mencari butter yang sesuai, ingat dua kriteria ini sahaja semasa membuat pembelian;

  1. Harga butter
  2. Lihat bahan-bahan butter

Contoh jenama non-Pure Butter ;

  • Buttercup
  • FarmCows
  • TwinCows

Contoh jenama Pure Butter ;

  • Anchor
  • Tatura
  • SCS
  • Emborg
  • Golden Churn
  • Western Star
  • Philadelphia
  • Kerry Star

Kebanyakan bahan ini pula jauh lebih murah di kedai bahan kuih berbanding di pasaraya. Jadi, buat lah pilihan yang bijak.

image is not available

image is not available

Sekarang dah tahu kan beza butter yang selalu anda beli? Boleh lah cuba berekperimentasi dengan resepi kek yang baru. Kalau sebelum ini kurang menjadi, cuba gunakan butter yang betul. Mana tahu kek anda lebih cantik dari gambar yang ada pada resipi.

Baca lagi artikel menarik: