Ini usaha Google untuk pastikan Android untuk tablet dan skrin besar tak lopek

Digital
11 May 2023 • 7:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tablet Android ada antaranya memiliki spesifiki yang baik untuk harganya. Namun disebabkan sistem operasi Android itu sendiri tidak mesra skrin besar, iPad dilihat sebagai pilihan yang lebih selamat. Contohnya, sehingga hari ini, aplikasi seperti Facebook menghadapi masalah untuk dipaparkan di skrin besar kerana ia tidak beradaptif dengan lebihan ruang paparan yang ada. Ditambah pula dengan pelancaran Pixel Fold, ia pastinya menjadi pemacu untuk Google akhirnya merungkaikan isu ini.

Dalam acara I/O 2023, Google mengumumkan mereka sedang melakukan penambahbaikkan pada antara muka sistem operasi Android untuk tablet. Sebanyak lebih 50 aplikasi Google terkenal seperti Gmail, Photos, dan Meet disamping aplikasi pihak ketiga seperti Minecraft, Spotify, dan Disney+ untuk memastikan antara muka aplikasi-aplikasi yang terlibat sentiasa disuaikan untuk apa jua saiz skrin.

image is not available

Anda boleh jangkakan lebih banyak pengoptimuman dilakukan untuk lebih banyak aplikasi lain lagi pada masa yang akan datang.

Usaha untuk membawa Android ke skrin yang besar bukanlah sesuatu yang baharu bahkan usaha ini sudahpun berjalan seawal 2021 lagi. Pada tahun itu, Google melaporkan yang lebih 250,000 peranti di luar sana menjalankan Android pada telefon boleh lipat, tablet, dan laptop berasaskan ChromeOS.

image is not available

Dalam tahun itu, mereka melancarkan Android 12L yang ditujukan khas peranti dalam kategori ini. Padanya, antara muka seperti notifikasi, tetapan pantas, halaman kekunci, halaman perumah telah diubah suai untuk dipaparkan pada skrin melebihi 600dp.