“Inilah Cerita Sebenarnya” – Rahimi Buka Mulut Rosmah Jumpa Zahid Hamidi

Politics
9 Dec 2022 • 1:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam, muncul satu spekulasi di mana isteri kepada bekas Perdana Menteri dikatakan telah terlibat dalam Majlis Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) di PWTC.

Bekas Pegawai Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman menjawab spekulasi itu dan memaklumkan bahawa Rosmah sebenarnya telah bertemu dengan Presiden Umno, Zahid Hamidi.

Jumpa kejap je

image is not available

Menurut satu perkongsian di Facebook, Rahimi memaklumkan bahawa Rosmah telah bertemu dengan Zahid dalam 10 minit sahaja dan keluar melalui parking bawah tanah.

Ya, dia berada di PWTC hanya untuk beberapa minit. Bukan berjam-jam seperti yang disangka orang. Sedangkan apabila berita sudah mula tersebar malam tadi dan macam-macam spekulasi dibuat, (ketika itu) Datin Seri Rosmah telah berada di rumah. – Rahimi

Menurut laporan daripada MalaysiaKini, pertemuan itu hanyalah urusan peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan kes mahkamah Najib.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media