“Inilah Farah Yang Saya C*kik Sampai Lemas” – Tular Laporan Kes Nur Farah Kartini, Gambar Suspek Kini Tersebar Di Media Sosial

16 Jul 2024 • 3:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak mayatnya ditemui petang semalam, kes pembunuhan Nur Farah Kartini menjadi bualan hangat di media sosial terutamanya dalam kalangan rakan-rakannya.

Menerusi media sosial, beberapa rakan arwah yang mesra dipanggil Faa meluahkan rasa berang terhadap suspek dipercayai turut dikenali oleh mereka kerana tergamak memperlakukan begitu.

Kau cekik kawan aku sampai lemas. Kau memang bangs*t.

image is not available image is not available

Turut tular adalah laporan kes tersebut di mana suspek telah membawa pihak polis ke lokasi penemuan mayat arwah.

Penama (suspek) menunjukkan tempat kejadian di mana penama mengatakan ‘inilah Farah yang saya cekik sehingga lemas’. Terdapat satu mayat dalam keadaan terlungkup yang masih berpakaian berada di dalam lopak air dan telah membusuk.

image is not available

Sumber: X

Dalam pada itu, wajah suspek juga turut ditularkan dan kini sudah tersebar di platform media sosial.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek merupakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang sudah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lima tahun dan kini bertugas di Balai Polis Slim River.

image is not available

image is not available 24 hours ago

Suspek Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri, Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh