‘Inilah Masanya Cuti-Cuti Malaysia’ merancakkan pelancongan dalam negara

30 Dec 2022 • 1:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Inilah masanya untuk melancong di dalam negara, sambil meniti ke tahun 2023 dengan yakin dan harapan baharu.

Selepas dua tahun sektor pelancongan ‘kemurungan’ akibat pandemik Covid-19, Tourism Malaysia melancarkan kempen “Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia” tahun hadapan bagi menggiatkan lagi pelancongan domestik.

Kempen ini mengalakkan orang ramai melancong dan mengalami sendiri tarikan serta keunikan pelbagai destinasi pelancongan di tanah air sendiri yang menjadi sebutan pelancong asing, dengan kemudahan dan persekitaran selamat.

“Setelah negara dilanda Covid-19 yang menyaksikan kemurungan pada industri pelancongan, kempen ini bertujuan untuk melonjakkan industri pelancongan dalam negara ke tahap yang lebih tinggi dengan menggalakkan orang ramai melancong di dalam negara dan secara langsung akan mengukuhkan ekonomi setempat,” menurut Tourism Malaysia.

Kempen ini kesinambungan usaha terdahulu dengan menyasarkan segmen percutian keluarga dan dewasa “millenial” dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti bertema seperti Keseronokan Keluarga (Family Fun), Eko/Pengembaraan (Eco-Nature/Adventure), Makanan (Food), Pulau & Pantai (Island & Beaches), dan Beli Belah (Shopping).

“Tema tambahan, iaitu Budaya & Warisan (Culture & Heritage) juga tidak dilupakan agar ianya sentiasa diingati oleh semua rakyat,” tambahnya.

Di samping itu, lagu Masanya Telah Tiba nyanyian Nik Qistina, gubahan Ananth Kumar dan lirik oleh James Boyle, serta video istimewa mula ditayangkan bagi menyemarakkan kempen Inilah Masanya di pelbagai platform dan media tempatan.

Inilah Masanya untuk melancong di dalam negara.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.