Inisiatif ‘Caring Cup’, The Coffee Bean & Tea Leaf® Sumbang RM63,500 Kepada Komuniti Memerlukan 

LocalSales & Promo
7 Apr 2025 • 5:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Ramadan lalu, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia berjaya menghulurkan bantuan kepada komuniti memerlukan menerusi inisiatif ‘Caring Cup’. Tahun ini, jenama ini bekerjasama dengan beberapa organisasi ternama bagi menyampaikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan serta memupuk budaya keprihatinan. 

Usaha ini bukan sahaja mencerminkan nilai perpaduan dan belas kasihan yang menjadi teras bulan suci ini, tetapi juga berterusan sepanjang tahun.

Pengarah Pemasaran Serantau The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dan Singapura, Pink Fong berkata, pihaknya percaya bahawa secawan kebaikan mampu mencetuskan perubahan besar dan impak yang besar sekiranya ia dilakukan secara berterusan.

image is not available

“Melalui program ‘Caring Cup’ kami yang disokong para pelanggan, kami berbangga dapat menyokong pelbagai inisiatif yang membawa perubahan sebenar kepada komuniti yang memerlukan.

“Sempena Ramadan kali ini, kami berpadu tenaga dengan tiga organisasi yang komited dalam membantu golongan memerlukan iaitu MERCY Malaysia, Kechara Soup Kitchen dan Hospital Assunta.

“Daripada menyampaikan bantuan kecemasan melalui usaha tindak balas krisis MERCY Malaysia, hinggalah menyediakan makanan kepada komuniti kurang berkemampuan bersama Kechara Soup Kitchen, setiap kerjasama mencerminkan komitmen kami terhadap sokongan yang bermakna dan berpandukan matlamat.

“Dengan kerjasama rangkaian rakan kongsi yang dipercayai, kami berazam mencipta perubahan berkekalan, dan memastikan setiap tindakan kebaikan benar-benar memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” ujar beliau.

Membantu Mangsa Puting Beliung Bersama MERCY Malaysia

Susulan bencana puting beliung yang membadai Sekinchan baru-baru ini, ramai keluarga berdepan cabaran untuk membina semula kehidupan. 

Dalam saat getir ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia bekerjasama dengan MERCY Malaysia bagi menyumbangkan RM30,000 dalam bentuk tunai dan barangan kepada ‘Projek Kasih Sekinchan’.

image is not available

Inisiatif bantuan ini memberikan sokongan segera kepada keluarga yang terjejas. Melalui pek makanan, bantuan keperluan asas dan barangan perayaan, inisiatif ini memastikan mereka yang terkesan dapat merasai kasih sayang dan belas kasihan pada musim perayaan. 

Menerusi inisiatif ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia bukan sahaja memberi bantuan material, tetapi juga menyebar mesej solidariti, satu peringatan bahawa dalam setiap kesusahan, tiada siapa yang dilupakan dan sekecil mana pun kebaikan, ia mampu membawa sinar harapan.

Menyantuni Komuniti Bersama Kechara Soup Kitchen

Bagi membantu golongan berdepan cabaran kekurangan makanan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia telah bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk menyumbangkan pastri segar kepada mereka yang memerlukan. 

image is not available

Sepanjang tempoh empat minggu, jenama ini telah menyumbangkan 800 pastri kepada komuniti kurang berkemampuan melalui Hab Kuala Lumpur Kechara Soup Kitchen, yang telah menyantuni golongan miskin bandar, gelandangan dan komuniti terpinggir selama lebih 17 tahun. 

Bagi ramai orang, satu hidangan yang hangat boleh menghangatkan jiwa, dan melalui inisiatif ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia berharap dapat menghulurkan sekecil-kecil kebaikan kepada mereka yang paling memerlukan.

Menyokong Komuniti Terpinggir Bersama Hospital Assunta

Bagi ramai individu dan keluarga kurang bernasib baik, akses kepada rawatan kesihatan sering menjadi cabaran. Dalam semangat berkongsi rezeki, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia telah menyumbangkan RM30,000 kepada Hospital Assunta bagi memastikan mereka yang memerlukan dapat menerima rawatan perubatan yang sewajarnya. 

Ditubuhkan pada 1954 oleh Franciscan Missionaries of Mary, Hospital Assunta terus teguh dalam misinya untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berperikemanusiaan dan mudah diakses. 

Sumbangan ini mencerminkan komitmen The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti memerlukan, serta memastikan bantuan sampai kepada mereka yang sukar mengakses rawatan kesihatan yang penting.

Berkat kemurahan hati pelanggan dan sokongan rakan kongsi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia telah menyumbangkan sejumlah RM63,500 kepada komuniti memerlukan sepanjang Ramadan lalu. 

Inisiatif ini bukan sekadar tentang sumbangan; ia mencerminkan komitmen jenama untuk membawa perubahan yang berkekalan. Tatkala meneruskan perjalanannya untuk menyajikan secawan keprihatinan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dengan rakan kongsi bagi memperluas impaknya. 

Misi jenama ini kekal utuh, iaitu memastikan setiap cawan yang disajikan bukan sekadar minuman, tetapi juga penuh tujuan murni dan belas kasihan.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif-inisiatif ini serta program ‘Caring Cup’, sila layari laman web https://www.coffeebean.com.my/caring-cup

Untuk maklumat terkini tentang tawaran, berita dan promosi daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, ikuti mereka di semua platform media sosial. Anda juga boleh layari laman web rasmi www.coffeebean.com.my atau muat turun aplikasi MyCBTL melalui Apple App Store dan Google Play Store. - Getaran, 7 April 2025