Inisiatif I-WAFIQ lancarkan pengurusan infaq dalam dan luar negara

27 Aug 2022 • 1:48 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR : Setiap kali menjelangnya 31 Ogos, ia merupakan hari bagi Malaysia memperingati erti kemerdekaan sebenar yang berkait rapat dengan ‘pembebasan’ manusia dari pelbagai jenis penindasan.

Tidak merdeka bermaksud kita diperhambakan dan masa depan kita ditentukan oleh orang lain, maka sebagai rakyat Malaysia kita rasa beruntung kerana diberi ruang untuk membangunkan negara dan berjaya mencapai kemerdekaan selama 65 tahun.

Namun, nasib kita tidak sama dengan saudara seagama kita di bumi Palestin, sehingga kini mereka masih menjadi mangsa kekejaman zionis Israel sehingga menyebabkan banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah.

image is not available

Malah, Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sering menjadi sasaran Zionis, mereka giat menjalankan kerja-kerja penggalian yang didakwa menyebabkan kerosakan dan keretakan pada struktur bangunan masjid itu hingga berisiko runtuh.

Oleh itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah melancarkan wadah yang dinamakan I-WAFIQ dengan tujuan menyelaras aktiviti wakaf dan infaq dari dalam dan luar negara demi tujuan membela nasib rakyat Palestin.

Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid ataupun dikenali sebagai Cikgu Azmi, objektif utama pelancaran I-WAFIQ ini adalah bagi menyelaras kempen, mengurus dan menjana dana wakaf serta infaq mengikut tujuan malah kempen bersesuaian berdasarkan objektif program sama ada dalam mahupun luar negara.

 

image is not available

“Program malam ini sangat istimewa kerana kita dapat berhimpun dengan semua pihak yang sensitif dengan hal ehwal pembebasan Masjid Al-Aqsa.

“Kami mengharapkan agar kita dapat bekerjasama dengan semua pihak pemegang taruh (stakeholder) seperti kerajaan, badan NGO lain, selebriti, institusi agama, baitulmal dan semua pihak yang mempunyai hasrat yang sama untuk menyumbang kepada kebaikan ummah yang universal,” katanya dalam satu Majlis Makan Malam Palestin dan Al-Aqsa: Kemerdekaan Demi Kemanusiaan pada Jumaat.

image is not available

image is not available

Menurutnya, dengan inisiatif ini MAPIM mampu mengorak langkah sebagai organisasi yang ke hadapan dalam menyuarakan nasib yang dialami oleh rakyat Palestin ke seluruh dunia.

Dalam pada itu, menerusi I-WAFIQ juga ia mampu memperkasa bidang pendidikan, menangani kemiskinan dan kemudahan asas kehidupan, memperkasa ekonomi ummah serta membangun sektor pertanian dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang sedang derita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

image is not available

View Original Article