Inisiatif Perlindungan Bayi (Baby Hatch) Bagi Menangani Kes Pembuangan Bayi

4 Feb 2023 • 12:00 PM MYT
Laguvendran Sandran
Laguvendran Sandran

Consultant | Sociologist | Researcher | Human Behavior & Cultural Studies

image is not available
Seorang perempuan sedang meletakan anak ke dalam Baby hatch Box. Hak Milik Gambar Ini adalah daripada Orphan Care

Kanak-kanak dan bayi merupakan kumpulan umur yang perlu dijaga, dinaungi oleh golongan dewasa. Kanak-kanak berhak untuk mendapat perlindungan dari setiap sudut. Namun demikian, terdapat banyak kes pembuangan bayi berlaku dan ia semakin membimbangkan. Walaupun keadaan berkenaan merupakan sesuatu situasi yang membimbangkan dan dianggap sebagai sifat tidak berkeperimanusian namun, ianya merupakan fakta benar yang kini berlaku dalam masyarakat kita. 

Pada masa yang sama, media massa di negara kita (seperti akhbar, radio, television dan medium media sosial yang lain) memaparkan insiden pembuangan bayi yang berlaku secara berterusan. Contohnya, mayat seorang bayi ditemui di dalam tong sampah serta kes penemuan bayi di dalam mangkuk tandas di sebuah Hentian Rehat dan Rawat (R&R). Terdapat banyak isu dan kes sebegini dalam paparan media dan perlu diberi perhatian terutamanya di Malaysia. Kes sebegini boleh juga dibaca dalam saluran diberikan : Astro Awani (Kes Pembuangan Bayi Di Malaysia)

Peningkatan dalam kes pembuangan bayi di negara kita ini seolah-olah menunjukkan pembuangan bayi sebagai satu trend atau perkara biasa dalam kalangan masyarakat, terutamanya dalam golongan remaja. Remaja pada masa kini banyak terpengaruh dengan budaya barat dan menerima segalanya tanpa mengira natijahnya. Sebagai contoh, perasan remaja yang ingin tahu mengenai seks mendorong mereka  untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka yang kemudiannya menyumbang kepada insiden remaja mengandung pra-matang dan di luar nikah. Kebanyakan mereka ini berkecenderungan untuk melahirkan anak secara senyap-senyap, dan kemudiannya membuang bayi yang baru dilahirkan itu bertujuan sama ada untuk meninggalkan bayi tersebut untuk diambil oleh orang lain ataupun untuk menghapuskan bayi itu. Keadaan ini berlaku apabila, wanita-wanita yang mengandung di luar nikah keliru serta terperangkap di antara perancangan mereka terhadap bakal stigma, label dan diskriminasi  yang akan dikenakan oleh masyarakat. 

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia tidak menghindarkan diri terhadap isu pembuangan bayi tetapi kerajaan, menerusi beberapa agensi awamnya seperti Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga pertubuhan-pertubuhan sukarela atau organisasi bukan awamnya (NGOs) telah melaksanakan beberapa tindakan bagi bertindak-balas dengan isu sosial ini. Salah satu intervensi yang telah dilakukan adalah memperkenalkan Perlindungan Bayi atau ‘Baby Hatch’. Perkhidmatan Perlindungan Bayi (Baby Hatch) adalah salah satu insentif organisasi Yayasan OrphanCare di mana perkhidmatan tersebut telah dilaksanakan secara pertama kali di Malaysia pada tahun 2010.

Sehubungan dengan perkara tersebut, Perlindungan Bayi (Baby Hatch) berperanan sebagai tempat selamat bagi  meninggalkan bayi yang baru dilahirkan, dan tidak mahu dipelihara oleh ibu yang melahirkannya. Pendek kata, Perlindungan Bayi (Baby Hatch) merupakan satu inisiatif yang murni dalam menjaga kebajikan bayi yang dilahirkan. Namun, terdapat penerimaan yang berbeza dalam kalangan masyarakat yang yang ditunjukkan oleh masyarakat terhadap perkhdmatan Perlindungan Bayi (Baby Hatch). 


Laguvendran Sandran adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.