Inisiatif Rumah Bangsa: 60 peratus permohonan adalah orang muda

LocalPolitics
24 Apr 2026 • 6:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan bercakap kepada pemberita selepas meninjau perkembangan Projek Menaiktaraf Rumah Seri Kenangan di Kampung Ungku Mohsin hari ini. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Kira-kira 60 peratus atau 6,009 daripada lebih 10,000 permohonan menyertai UMNO sebagai ahli baharu menerusi inisiatif Rumah Bangsa terdiri daripada golongan muda, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa berkata,  permohonan yang diterima termasuk melalui sayap Wanita dan Puteri.

"Daripada angka 10,000 itu, 60 peratus adalah orang yang (berusia) di bawah 40 tahun dan ke bawah," katanya mengulas mengenai inisiatif berkenaan pada sidang media selepas melawat projek menaik taraf Rumah Seri Kenangan Johor Bahru, di sini hari ini.

Beliau berkata, pencapaian itu sekali gus menunjukkan UMNO masih menjadi pilihan orang muda.

Ahmad berkata, antara yang mendorong kejayaan UMNO menarik ahli baharu adalah kesediaan dan keterbukaan parti itu menerima kembali ahlinya yang telah dipecat.

Rumah Bangsa ialah inisiatif penyatuan semula UMNO yang diperkenalkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyatukan orang Melayu dan menerima kembali bekas ahli menyertai parti itu. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved